Thursday 9 October 2014

Kenapa saya memilih Shaklee dalam hidup saya?

Assalamualaikum semua pembaca setia saya. Moga hari ini lebih baik dari semalam yer? Baiklahh. Tajuk hari ini yang saya nak kupaskan bersama anda semua memang sangat hebat. Ramai yang nak tahu kenapa saya memilih Shaklee.

Saban hari, ada sahaja kami (pengedar sah Shaklee) mendapat khabar buruk dan isu-isu panas tentang Shaklee. Shaklee itulah, Shaklee inilah. Shaklee menyebabkan fibroid, Shaklee menyebabkan keputihan yang melampau sampai gatal-gatal dan banyak lagi. Tetapi persoalannya disini, walaupun orang kata benda tak baik tentang Shaklee, kenapa saya tetap nak teguhkan bahawa Shaklee adalah yang terbaik?

Bismillahirrahmanirrahim. Saya mulakan disini. Saya merupakan 'budak' yang masih bergelar 'student' dan berkecimpung dalam bidang perubatan. Dan dalam masa kurang dari 2 bulan lagi, saya akan menamatkan pembelajaran saya. In Shaa Allah. Saya bakal menjadi anggota kesihatan tidak lama lagi. Al-maklumlah.

Bidang perubatan mestilah ada ubatnya untuk setiap penyakit kan? Betul tak? Tetapi kenapa saya sendiri tidak mengamalkan ubat dari hospital selalu? Saya 'budak' perubatan ni. Orang hospital juga. Tapi tak mahu makan ubat dari hospital. Kenapa?

Haaaaa. Tahukah anda ubat yang dari hospital itu ada sejenis 'dadah'? Tahu tak? 'Dadah' yang tidak mengkhayalkan. Mesti di antara kalian yang tidak tahu kandungan dalam ubat tersebut. Memang tidak salah anda menggunakan ubat hospital tetapi penerimaan 'dadah' dalam badan anda bagaimana?

Sebagai contoh. Anda penghidap penyakit Hipertensi iaitu darah tinggi. Sebelum ini anda cuma di beri ubat untuk turunkan tekanan darah dengan dos yang kecil. Semakin lama anda makan ubat itu, kadang-kadang penerimaannya semakin lemah. Jadi ada di antara anda akan diberitahu untuk tukar ubat. Betul? Sebab apa doktor nasihatkan anda untuk bertukar ubat? Sudah pasti dos yang kecil yang anda guna selama ini sudah tidak serasi dengan badan anda. Sebab itu tekanan darah masih tinggi walaupun sudah makan ubat. Okay. Pabila ubat baru ditukar, sudah semestinya dos yang digunakan adalah semakin besar. Kandungan 'dadah' yang anda ambil semakin besar.

Tengokkk. Nampak tak disitu yang anda BEGANTUNG dengan 'dadah' untuk turunkan tekanan darah? Tak nampak? Saya ni anggota kesihatan. Apa yang saya tahu, saya kongsi dengan anda semua. Tak nak lokek ilmu sebab tak bawa ke mana pun ilmu tu. Jadi saya nak kongsikan bersama.

Sampai bila anda nak bergantung dengan 'dadah' ni sebenarnya? Sampai hujung nyawa anda? Begitu?

Dapat bezakan tidak antara ubat hospital dengan supplemen? Dapat? Tahu cara nak bezakan kedua-dua ni?

Supplemen ni vitamin. Keperluan tubuh badan kita sendiri. Badan kita tidak semuanya dapat dihasilkan sendiri. Ia memerlukan sesuatu untuk bekerjasama dalam tubuh badan kita. Contoh Vitamin C, badan kita memang boleh menghasilkan Vitamin C. Tetapi berapa banyak badan kita dapat hasilkan Vitamin C?

Mengapakah saya tetap dengan Shaklee sampai hari ini. Saya dahulunya bermula dengan Vitamin C Shaklee. Kenapa? Sebab saya pengguna Vitamin C jenama Blackmores selama ini. Itu pun disebabkan cemburu lihat kulit muka kawan saya licin, bersih dan bermaya. Dari situ saya bermulanya mengamalkan Vitamin C. Rm23.90 untuk sebotol yang mengandungi hanya 30tab yang tahan hanya satu bulan. Selama 4 bulan sahaja saya megamalkannya dan berpindah kepada Vita C Shaklee. Sebab saya pindah ke jenama Shaklee sebab banyak sangat testimoni mengatakan Vita C Shaklee ni sangat bagus. Bila dah dapat tahu harga sebotol Vita C, saya memang terkejut beruk. Mahal gila kot. Rm92.50 pengedar tu tawarkan kepada saya. Pujuk punya pujuk saya dapat murah sikit.Yang saya suka adalah kandungan tablet didalamnya yang sangat banyak iaitu sebanyak 180biji. Banyakkkkk kan?

Dengan mengamalkan Vita C ini juga, kalau saya diserang penyakit selesema, saya cepat-cepat telan 2 biji Vita C Shaklee berbanding Panadol sebab kandungan yang ada dalam Panadol, lama-lama boleh merosakkan buah pinggang saya! Saya tak nak! Saya nak buah pinggang yang sihat! Sebab itu saya memilih untuk telan Vita C Shaklee sebab ia berasaskan tumbuhan hijau, sentiasa selamat dan berkesan!

Haaa. Sedikit ilmu yang saya nak kongsikan disini.

Cuba anda bezakan keduanya. Blakcmores tadi, Rm23.90 (30 biji) tahan hanya sebulan. Shaklee, Rm92.50 (180 biji) tahan sehingga 6 bulan (lamaaaa tuuuu! hehe). Sekarang kita tengok berapa ringgit kita perlukan untuk sebulan dengan Vita C Shaklee ni. Rm92.50 bahagi dengan 6 bulan, sama dengan Rm16 sebulan. Tengok. Murah lagi berbanding Blakcmores kan? Sebab inilah saya yakin bahawa Shaklee adalah yang terbaik untuk saya. Dan akhirnya saya bertukar dengan Shaklee. Dalam masa seminggu pengambilan, SubhanAllah. Perubahan yang saya nampak ketara sekali. Kulit muka saya semakin cerah dan jerawat mula surut (walaupun jerawat jarang tumbuh. Hihi). Alhamdulillah. Sangat cepat dan berkesan kepada saya. Blackmores? Ambil masa 2-3 bulan nampak perubahan kulit saya sebelum beralih kepada Shaklee. Wowww! Seronokkan?

Itu baru Vita C, belum lagi saya kupaskan produk Shaklee yang lain yang saya amalkan juga. Setelah lama mengamalkannya, saya mula jatuh cinta dan berhasrat untuk menjadi ahli Shaklee pada bulan 5 yang lalu. Akhirnya saya masuk secara PERCUMA!

Bila dan masuk ahli dan 'shopping' barangan Shaklee dengan harga member, saya terfikir untuk menjadikan Shaklee ini sebagai platform saya untuk mula berkecimpung dalam dunia 'business' ini. Saya mempunyai impian yang besar iaitu ingin menjadi USAHAWAN MUDA yang berjaya satu hari kelak.


Nampak tak perubahan dalam diri saya yang semakin jatuh cinta kepada Shaklee? Berbalik kepada tajuk kita hari ni. Kenapa saya memilih Shaklee dalam hidup saya?

1. Saya ingin bantu ramai orang di luar sana. 
Niat saya untuk membantu lebih ramai orang di luar sana adalah matlamat utama saya. Saya pasti ramai di luar sana yang masih memerlukan saya untuk mengubah kehidupan mereka. Saya ingin membantu mereka ke arah kehidupan yang lebih baik. 

Contoh: Seorang ibu yang baru melahirkan anak tetapi mempunyai masalah dengan penyusuan kerana air susunya terlalu sedikit.

 Macam mana cara saya untuk membantu Si Ibu ini? Saya membantunya dengan berikhtiar menggunakan produk Shaklee yang di percayai boleh menghasilkan air susu yang lebih banyak. Dengan hanya mengamalkan Energizing Soy Protein dengan Alfafa Complex, susu Si Ibu ini Alhamdulillah semakin banyak. Ramai pengedar Shaklee bermula dari set penyusuan ini kerana hasilnya yang terlalu hebat. Alhamdulillah. Saya dah bantu Si Ibu ini untuk menghasilkan susu yang banyak untuk Si Manja. Nampak tak cara saya bantu orang di luar sana. Anda dapat pahala FREE! 

Syukurrr, Saya dah dapat bantu seorang ibu yang dahulunya mempunyai masalah penyusuan tetapi sekarang tidak lagi dengan kehadiran Shaklee. 

2. Saya ingin menjadi seorang anak yang berdikari. 
Alhamdulillah. Sebelum ini, saya merupakan seorang Siswa dari UiTM yang mengambil jurusan 'Tourism Management' di mana saya pun tidak terlepas dengan 'berhutang' dengan PTPTN. Sekarang setelah berpindah kepada jurusan perubatan, kami disini diberi elaun sebanyak Rm800+ sebulan. Lumayan tak? Tetapi masih jauh di sudut hati saya mengatakan ini tidak mencukupi walaupun ia terlebih dari cukup sebenarnya. Saya ingin teruskan dalam bidang 'business' ini dengan penambahan sedikit dari perniagaan Shaklee yang saya niagakan kerana saya tidak mahu menyusahkan kedua orang tua saya. 

3. Ingin banggakan dan meringankan beban kedua ibu bapa. 
Anak mana yang tidak ingin membanggakan kedua orang tuanya selagi hayat mereka masih di kandung badan? Siapa yang tidak mahu? Semua mahukan? Begitu juga saya. Saya ingin menjadi seorang yang berdikari selain dapat membanggakan kedua mereka kelak dan juga dapat meringankan beban mereka. In Shaa Allah. 

4. Ingat kepada Sang Pencipta.
Saya memang lahir dari sebuah keluarga yang kuat agama. Namun, budak lelaki biasalah tu. Dah meningkat remaja mula lah nak berpaling arah mengikut kata haluan masing-masing. Masa berlalu dan saya telah dipertemukan dengan Shaklee yang mengajar saya untuk sentiasa mengingat kepadaNya. Saya punyai upline-upline yang sangat supportive dan ambil berat tentang agama. Jika ada musibah menimpa salah seorang saudara Islam kami, kami berpakat untuk tunaikan solat hajat untuknya. Walaupun kami dari negeri lain-lain.

5. Mengajar saya mengenali sifat sabar. 
Banyak dugaan yang saya telah lalui sepanjang bersama Shaklee. Perit, getir, suka, duka bersama Shaklee saya dah lalui semua itu. Layan customer yang semuanya punyai kerenah yang lain-lain tetapi saya tetap sabar melayan dengan seikhlas hati. Ada customer bertanya tentang sesuatu pasal produk, kita huraikan dari A-Z kepadanya siap dengan harga. Bila di tanya untuk kepastian, customer berkenaan dah beli dulu dari pengedar lain. Saya tetap sabar sebab saya tahu, itu bukan rezeki saya. Dan saya yakin Allah dah tuliskan rezeki saya dimana. Shaklee mengajar saya erti kesabaran. As sabru minal iman. :)

6. Menjadikan saya seorang yang berfikiran positif. 
Dengan hadirnya Shaklee didalam hidup saya, banyak sideline serta upline saya mengingati satu sama lain untuk setiasa berfikiran positif. Alhamdulillah. Shaklee banyak merubah hidup saya agar menjadi yang lebih baik. Saya yang dulunya suka berfikiran negatif dan cetek menyebabkan saya tidak maju ke hadapan. Setelah di pertemukan dalam satu group whatsapp "We Can Do It" yang di wujudkan oleh Master Nur Zahirah, semuanya bersifat positif. Ada yang 'down' dengan customer dia, kami bangkitkan bersama aura positif itu. Kami hadirkan didalam group itu.

7. Mendalami tentang Solat Dhuha. 
Sebelum ini saya pernah mendengar sahaja apa itu Solat Dhuha. Yaa. Solat untuk membuka pintu rezeki. Tapi saya tidak pernah mengamalkannya. Syukurrr, Kerana Shaklee juga, saya tahu dan  sudah mengamalan Solat Dhuha. Susur galur saya mengajar untuk lakukannya setiap hari. In shaa Allah. Pintu rezeki terbuka luas. Dan alhamdulillah. Saya mengalaminya sendiri di mana pada awal penglibatan saya dengan Shaklee, customer tak begitu ramai. Tetapi selepas mengamalkan secara konsisten setiap hari, customer yang datang semakin banyak. Semakin ramai yang perlukan bantuan saya. Alhamdulillah.

8. Mahu tapi malu. 
Saya pada mulanya adalah seorang yang pendiam dan pemalu bila bertemu dengan orang yang baru di kenali. Memang saya terdiam seribu bahasa berdepan dengan orang yang tak saya kenal. Oleh kerana niat saya ingin bantu ramai orang, saya jadi pandai berbicara walaupun bukan dengan orang yang saya kenal. Syukurrr. Anda bayangkan. Kalau niat nak bantu orang, tapi tak berani nak buka mulut, macam mana? Apa yang akan terjadi? Inginkan ramai customer tapi malu nak bukak mulut? Hmmm. Customer pun takut nak berurusan dengan kita sebab mereka tidak yakin dengan kita. Kita perlu ubah dan yakinkan mereka supaya memercayai kita. Syukurrr. Semakin banyak yang nampak apa yang cuba disampaikan.

9. Menjadi seorang yang rajin. 
Sifat rajin ini memang susah untuk dijumpai dalam diri saya. Saya cuma akan rajin kalau memang betul-betul ada sesuatu yang saya nak buat. Kalau rajin untuk suka-suka, sampai 20 tahun pun tak akan muncul rasanya. Hihihi. Tetapi Shaklee merubah segalanya. Saya menjadi rajin tidak kira apa jua. Saya dahulunya pemalas nak makan 'ubat' kini saya ringan tulang untuk pergi masak air panas, dan minum ESP dengan milo untuk sarapan pagi. Selesai sarapan, saya rajin pula untuk menelan supplemen Shaklee seperti Vita C, B-Complex, GLA, CarotoMax dan banyak lagi. Saya rajin update status di Facebook, Wechat. Rajin nak study produk, rajin cari customer dan follow up mereka dan macam-macam lagi. Hehe.

10. Ingin bantu saudara Islam.
Keinginan saya untuk berkhidmat kepada umat Islam yang lain sangat tinggi membuatkan saya sungguh-sungguh untuk berniaga dengan Shaklee. Lebih ramai orang Islam diluar sana yang ingin dibantu. Mereka masih ada kita untuk berteduh. Mereka juga hamba Allah dan mereka juga punya hak masing-masing. Saya berkecimpung di dalam Shaklee untuk agama saya, Agama Islam.

Ini antara sebab kenapa saya memilih Shaklee dalam hidup saya.

Izzue | 014-8930658





18 comments:

  1. Memang hujung tue agaj merapu..tapi overall ok la izu..akk ske..

    ReplyDelete
  2. Kan? tersasar dari landasan plak kan? Adoi. Susah ler gini. tulah buat xde rangkai dulu. main tulis hentam jer. hehehe.

    ReplyDelete
  3. Dah cantik dah tu dik...
    ������

    ReplyDelete
  4. yeke kak? macam kureng sikit n perlu perbaiki. tp x tau tang mana satu. huhu.

    ReplyDelete
  5. Shaklee Effect dikaca mata student perubatan.best2!!tq izue..atas perkongsian

    ReplyDelete
  6. Shaklee terbaik. .mengubah dalam diri menjadi lebih baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kalau yang terbaik itu hanya kepada Allah, buat apa nak berhenti? :)

      Delete
  7. Yup. Dgn shaklee kita berubah menjadi lebih baik�� dengan izin allah. Syukur selalu ok. Allah akan tambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukurr Alhamdulillah. Semuanya dengan izin Allah.

      Delete
  8. Terbaik zue.. mantap isi kandungan nya...

    ReplyDelete
  9. Terbaik...untuk apa lagi kita berganjak andai inilah yg menjadi tapak untuk kita berubah ke arah kebaikan..berubah terus dekat dgn si pencipta

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Andai ini yang tertulis untukku kenapa perlu ku berpaling? :)

      Delete
  10. GoodJob Izzue! Selamat datang ke dunia shaklee! :)

    Selaaaamaaaat dataaaannngggg...!

    http://najlamohayidin.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ! Selamat datang ke dunia Shaklee! Jom Share!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...