Monday, 15 December 2014

Janji Allah itu pasti....

Allah dah menulis segalanya untuk setiap hamba-hambaNya. Tetapi Allah dah merancang 3 perkara penting untuk hambaNya iaitu AJAL, JODOH dan REZEKI. Allah memang dah janjikan 3 perkara ini untuk setiap hambanya.

AJAL

Saya rasa semua agama menyatakan yang baik-baik sahaja. Semua kita mahukan kehidupan yang baik. Betul kan? Takde pun kita cakap, "Ya Allah. Aku sekarang ada kereta Myvi. Aku nak tuka kepada kancil." Ada x orang doa macam tu? Takde kan? Mesti semuanya nak yang lebih baik. Setuju? 

Sama macam ajal kita. Ajal kita ni memang Allah dah tuliskan dalam buku. Bila tarikh kita nak pergi menghadap Illahi. Cuma kita tak tahu bila. Dan kita tak tahu bagaimana, di mana, bila kita akan pergi. Kita tidak tahu bagaimana pengakhiran kita nanti. Adakah kita di jemput malaikat maut tengah kita mengerjakan solat? Waktu kita tengah makan? Ataupun pengakhiran dalam satu kemalangan jalan raya? Haaaa. Kita tak tahu kan? Yang kita nak adalah kita mati alam keadaan beriman kepadaNya. Kita nak malaikat maut mencabut nyawa kita tatkala kita sedang bersujud kepadaNya. Masha Allah. Alangkah indahnya pengakhiran kita semua begitu? Tetapi Allah dah tentukan semuanya. Macam mana kita nak pengakhiran kita sebegitu rupa? Mestilah kita BERUSAHA untuk mencari keredhaan dariNya kan? Betul x? Setuju? Haaaa. Mari kita sama-sama USAHA untuk mencari keredhaan dariNya.

JODOH

Jodoh kita pun telah di tentukan olehNya. Dengan siapa kita akan berkahwin nanti, semuanya datang dari Allah S.W.T. Cuma kita tidak tahu siapa dan bila jodoh itu datang. Selalu kita dengar cinta monyet atau cinta olok-olok. Di mana si lelaki bercinta dengan si wanita. Sampai satu tahap, mereka terpaksa berpisah di sebabkan lelaki itu mempunyai teman wanita baru. Tetapi si wanita ini pulak sedih dan seolah-olah tidak dapat menerma kenyataan ini dan meratapi gambar kekasihnya setiap malam. 

Datang ibunya memujuk setiap malam. Ibunya memujuk dengan, "sudahlah tu anak. Dia bukan terbaik untukmu. Ada lagi yang jauh lebih baik darinya. Allah dah tulis semua tu. Dia bukan jodoh kamu sayang. Allah pertemulan kamu dengan lelaki yang lebih baik dari dia nanti. In shaa Allah. Mintak dengan Allah. Tunjukkan siapa lelaki itu." 

Tengok? Setiap kali drama dalam TV pun selalu bercakap seperti itu. Dalam dunia sebenar pun, kawan-kawan akan menasihati perkara yang sama. Setelah dapat sokongan dari sahabat dan keluarga, kita mampu bangkit semula dan BERUSAHA mencari seseorang yang lebih baik daripada sebelumnya. Betul tak? Jom. Kita usaha untuk dapatkan pendamping hidup yang baik dan patuh kepada perintah Allah.

REZEKI

Haaaa. Bercakap tentang rezeki. Ramai di antara kita yang mudah melatah untuk dapatkan rezeki. Tahu tak rezeki kita pun telah di tentukan oleh Allah? Tapi ramai yang mengeluh! Tak nak bersyukur dengan pemberian dari Allah. Susah sangat ker nak bersyukur tanda terima kasih kepada Allah? Bagaimana nak tambahkan rezeki kita dari yang sedia ada kepada yang lebih baik dan lebih banyak? 

Rezeki yang kita dapat tidak semestinya milik kita secara mutlak. Ada sebahagian daripada rezeki yang kita miliki adalah hak orang lain. Hak kepada orang yang lebih memerlukan. Kenapa saya bercakap demikian? Sebagai contoh. 

Kita sangat suka dengan cucur pisang cheese yang di jual di tepi pantai tempat beriadah. Kita hanya menggunakan sebuah motosikal untuk pergi bersiar-siar dan membeli cucur pisang cheese itu sebab kita tidak mempunyai kereta. Suatu hari. Dalam poket kita hanya ada Rm10 sahaja. Kita nakkk sangat cucur pisang cheese tu haritu. Kita pun naik lah motosikal kita. Dalam perjalanan ke pantai, kebaboommmmmm! Tayar motosikal kita pecah. Lalu kita pergi ke kedai motosikal tuk tukar tayar baru. Terpaksa juga kita gunakan duit Rm10 itu tadi yang sepatutnya digunakan untuk. Membeli cucur pisang cheese. 

Dapat tangkap tak mesej yang tersirat yang cuba untuk saya sampaikan? Nampak? Rezeki yang kita miliki bukanlah milik mutlak kita. Nampakkan cerita tadi yang Rm10 itu hak kepada tauke bengkel motosikal tu dan bukan hak kita mahupun si penjual cucur pisang cheese berkenaan? Nampak dengan jelaskan? 

Sekarang macam mana nak tambahkan rezeki yang kita ada supaya kita dapat membantu orang yang dalam kesusahan? Tahukah anda 9/10 rezeki yang kita ada adalah datangnya dari perniagaan? Nampak tak kenapa rezeki anda tidak mencukupi? Kerana anda hanya memiliki 1/10 rezeki yang Allah bagi. Macam mana nak dapatkan 9/10 pintu rezeki tersebut? Berniagalah! Sebab berniaga adalah pekerjaan Nabi Muhammad! Dia membela kambing dan banyak haiwan peliharaan. Dari situ Nabi Muhammad mula berniaga. Kita sebagai umatnya perlu mencontohi beliau. 

Macam mana? BERUSAHA! Semua ini kena ada usaha! Kita nak yang baik. Kita nak yang bagus. Tetapi kita tiada usaha. Macam mana Allah nak tolong kita? Kita tahu lan janji Allah itu pasti? Tapi kita x berusaha pun. Buat sikit terus mengeluh. Cepat sangat nak melatah. Dalam membuat sesuatu, kita mesti SABAR. Kerana ASSABRUL MINALIMAN (Sabar itu separuh daripada iman) dan Allah sayangkan mereka yang bersabar. 

Ingat. JANJI ALLAH ITU PASTI!! Kejarlah cintaNya bukan cinta duniawi. 


Saturday, 1 November 2014

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia. OMG!

Assalamualaikum readers. Apa khabar anda hari ini? Sihat? Alhamdulillah. Saya pun sihat. Baru lepas closing malam tadi. Hehe. So korang naik rank? Efektif  tak bulan lepas? Alhamdulillah. Saya efektif. Hehehe. Syukurr. Lepas efektif semalam, saya baru tahu promosi hebat lagi bulan ni. Perghhh. Tahu sudah kan apa promo bulan ni? 

Tadaaaaa! 

Memperkenalkan Omega Guard! 

Haaaaaa. Hebat kan promo bulan ni? OMG tu, OM= Omega. G tu Guard. Bukan Oh My God. Hehehe. Inilah dia minyak ikan terbaik di dunia! Sebab apa ia di gelar Minyak Ikan Terbaik di dunia? Tahu x? Jom. Saya kupaskan sedikit. 

Shaklee Omega Guard ini diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin. mackerel, herring, anchovies ) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah TIGA (3) kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA. 

Kebanyakkan pengusaha-pengusaha kilang menggunkan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee mengguanakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi teerkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses proses penyulingan proprietasi tiga molekul untuk mengekstrak asid omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadminum, dioksin dan PCB (PolyChlorinated Biphenyl - bahan kimia industri yang sangat toksik)

Mari tengok perbandingan Omega Shaklee dengan produk lain yang ada di pasaran. 


Kenapa perlu pilih Omega Guard Shaklee? 

Jom main kira-kira. Tengok mana satu yang minyak ikan yang paling hebat. 


Kita zoom in sikit manfaat utama Omega Guard Shaklee ni. 

1. Asid Lemak - Omega-3 merupakan asid lemak penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukar kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul  daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit cantik licin dan kemerah-merahan. 

2. Mencegah penyakit saluran darah dan strok - DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melicinkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar, Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arterisclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. 

3. Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori -  DHA adalah nutrien utama dalam otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak Omega-3 EPA dan DHA. 

4. Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis. SLE (Lupus Erythematosus) dan penyakit buah pinggang. 

5. Menentang kanser - Kajian telah menunjukkan Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, meransang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif. 

6. Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) - Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu, ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effektif. 

7. Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan - Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety) , neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak huperaktif dan penyakit Schizophrenia. 

"America Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan (playing cards) sebanyak dua kali seminggu yang megandungi paras asid lemak Omega-3. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%. "

Kenapa perlu ikan laut air dalam? 

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price telah menemui satu rahsia: Penduduk eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza. 

Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghadapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Manakala, kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu dan makanan utama mereka adalah daging yang mengandungi banyak kolesterol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung. 

Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan: Ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan. 

Anda sendawa bau hanyir ikan? 

Hanya sebahagian kecil yang sendawa bau hanyir ikan selepas mengambil minyak ikan, di sarankan untuk mengambil minyak ikan sebelum makan atau bila perut kosong. 

Siapakah yang patut mengambil minyak ikan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Pelajar
4. Wanita selepas bersalin
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang mudah lupa (Nyanyuk)
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas
8. Ibu hamil
9. Ibu menyusu. 

Namun.......

Minyak ikan melincirkan salur darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah  untuk pengaliran darah yang lancar dan melambatkan kepekatan darah. Oleh sebab itu, pesakit yang akan melakukan pembedahan dan perempuan yang hamil yang sudah hampir bersalin tidak digalakkan mengambil minyak ikan. 

Psst.. Nak bagitau sikit! Bulan ni Promo Omega Guard. Nak borong tak? Jom! Stok untuk 7 bulan! Buy 6 Free 1. Harga sangat-sangat  murah bulan ni! 

Retails Price Rm136. Tapi promo bulan ni, murah sangat! Harga bawah Rm136 sebotol! Nak tahu berapa? PM saya untuk keterangan lanjut. 


Lagi satu....

Beli package Buy 6 Free 1, dapat FREE MEMBERSHIP! Extra bonus next month! Yeayyy! Stok 7 bulan tuuu. Lamaaaaa. Jimat Rm XXX. Hampir Rm400 wooo anda jimat. Nampak tak murah sangat? Jadi member memang murah giler! So? Sign Up jadi member now! 

Bulan ni ada 2 promo berlangsung. Masih promo Omega Guard. Cuma promo yang kedua ini ialah Twin Packs Promo Omega Guard. Beli 2 botol Omega dapat lah harga istimewa. Tapi dengan syarat, anda ialah seorang membership Shaklee. Baru anda dapat harga istimewa. Nak tahu apa yang istimewa? Sebab Shaklee bagi 5% discount untuk twin packs ini tapi HANYA UNTUK MEMBER Shaklee SAHAJA. Kalau anda nak 5% discount beli Twin Packs ni, daftar lah jadi member. Murah gilerrrrr! 


Haa. Hebat tak promosi bulan November ni? Jom borong korang! 

Nak jadi ahli? PM saya sekarang! 

014-8930658
Izzue
CEO MIF Empire. 


Welcome To Shaklee World! 



























Tuesday, 21 October 2014

SHAKLEE DIFFERENT UNTUK SET KESIHATAN OPTIMUM

Kenapa perlu Shaklee?? Apa kelebihan produk Shaklee berbanding dengan produk lain di luar sana? Siapa dapat bagi perbezaan Shaklee dengan produk lain, saya ada hadiah istimewa menanti anda. :)

Untuk set kesihatan optimum Shaklee, Shaklee telah menyediakan set yang asas iaitu Vita-Lea, B-Complex dan Vita C Plus. Ini baru set yang asas tau. Bukan set lengkap. Banyak produk lain perlu di tambah untuk menjadikan set ini sebagai set lengkap kesihatan optimum dari Shaklee. Tengok, Shaklee tidak membebankan penggunanya. Ikut kemampuan masing-masing. Ada rezeki lebih, boleh tambah untuk jadi set lengkap. Untuk yang tidak berkemampuan sangat, boleh mencuba set asas ini untuk dapatkan kesihatan yang optimum. In shaa Allah, akan di permudahkan segala urusan. 

Baiklah. Saya akan mulakan dulu Shaklee Different untuk Vita-Lea. Seperti mana yang anda tahu, Vita-Lea ini adalah supplemen Multivitamin dan Multimineral dari Shaklee. Apa yang membezakan multivitamin Vita-Lea ini dengan produk di luar sana adalah:

Vita-Lea ini adalah multivitamin dan mineral yang PERTAMA dicipta di dunia ini. Asalnya di kenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan di singkatkan sebutan kepada, "Vita-Min". dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (99 tahun yang lalu) kepada bentuk tablet yang di kenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang di ekstrak  daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia di formulakan secara komprehensif dan sangat seimbang. 

Wajah Vita-Lea @ "Vitalize-Mineral" yang di cipta pada tahun 1915. 


Masuk majalah. Hehe. 


Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi-SPIRULINA. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, di sebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Multi-Vitamin yang paling pantas terlarut dalam air dan juga tubuh manusia! 
Tak sampai 5 minit dah larut. 

Senarai vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea. 


Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center For Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000. 

Wajah Vita-Lea Shaklee. 

Vita-Lea sudah. Kini kita beralih dengan B-Complex. Hehe. Apa perbezaan vitamin B Shaklee dengan yang lain? Mari ikut saya kupaskan dibawah. 

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semula jadi yang PERTAMA di dunia dengan kadar kebolehserapan  (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang bukan semula jadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

Kenapa B-Complex Shaklee terbaik? 



B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-Complex setiap hari. 

Shaklee B-Complex will not cause rosary fungus or infected active yeast bacteria like B complex extract from beer yeast.

Bagaimana untuk memilih B-Complex yang baik?

1. Mengandungi kesemua 8 komponen vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan oleh RDA. (Kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin. 
3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar. 
4. Elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut-air. (sustain release)

Wajah B-Complex Shaklee. 


Beralih kita ke Vita C Plus lagi. Hehehe. Apa yang membuatkan Vitamin C Shaklee berbeza sangat dari produk lain di pasaran? 

"Sains pembebasan berterusan secara semulajadi" vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet vitamin Shaklee ( di dalam jurang masa 5jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24jam. 

Satu tablet Vita C Plus bersamaan dengan 7 1/2 buah oren beserta kulitnya.

Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, di ekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Comolex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita untuk mengelakkan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.
Kenapa mesti Shaklee? Jom main kira-kira. :D


Adakah vitamin C memadai dari buah-buahan sahaja? 

Setiap hidangan buah-buahan mengekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila di perik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. 
Ini wajah Vita C Plus Shaklee. Sedappp sangat di samping boleh memutihkan muka. 

Mari berjaya bersama saya! Saya penasihat kesihatan anda. Kalau ada soalan misteri, sila bagitahu. 



Jadi, anda dah nampak perbezaan Shaklee dengan yang produk di pasaran. Betul tak? 

Jangan tangguh rezeki anda. 

Jangan tangguh kesihatan kita. 



Izzue
CEO of MIF Empire 

Wanna join my empire? 

Sign up now! 

Wanna know how? 
Ask me now. 

You won't regret! 😄





















Friday, 17 October 2014

A One Day Special Promotion

ONLY TODAY 18th OCTOBER 2014!


Jom. Borong cepat-cepat! Promosi untuk SATU HARI SAJA!

Baru entry pagi saya share tentang Set Kesihatan Optimum. Salah satunya Vita C ni kan? So apa lagi? Jom lah borong sekarang. 

SHAKLEE DIFFERENT

"Sains pembebasan berterusan secara semulajadi" vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C didalam 2 tablet vitamin Shaklee ( di dalam jurang masa 5jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. 

Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, di ekstrak dari kulit buah) yang juga di kenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan menignkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita untuk mengelakkan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. 


Mengapa mesti Vitamin C Shaklee? Biar gambar berbicara. 


Kerana ternyata Vita C Shaklee lebih murah! Bukan itu sahaja. Ia tahan lama! Satu botol tahan hampir 6 bulan! Kalau anda dapatkan promo hari ni? 7 botol? Agak-agaknya berapa TAHUN akan tahan? Jom main kira-kira. Hari ini kita buat kelas matematik. Hihi. ;)

AMARAN!

> 1 batang rokok mampu MELUPUSKAN 50-100mg Vitamin C dalam badan.

> Keresahan akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C dalam badan.

> Kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan Vitamin C yang banyak dalam badan.

> Terlebih dos vitamin C (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan sedikit cirit-birit. 


TAHUKAH ANDA?

Haiwan menghasilkan vitamin C mereka sendiri. Seperti contoh sang Arnab mampu menghasilkan 18, 000mg (18g) vitamin C sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin c. Tambahan pula vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh badan kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin c setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksik. 

Kajian dari Dr. James Scala telah menunjukkan, adalah selamat untuk mengambil 5, 000mg 
(10 tablets) hingga 10, 000mg (20 tablets) vitamin C setiap hari. Dr. Pauling yang menemui vitamin C, mengambil 18g (18, 000mg) sehari dan beliau adalah sihat secara fizikal pada umur 
94 tahun.  

Adakah Vitamin C memadai dari buah-buahan sahaja? 
Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila di petik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. 

Haaaaa. Semua dah terjawabkan? Kenapa mesti Vita C Shaklee? Jom! Kita borong harini banyak-banyak!

Yang nak borong dengan MIF Empire boleh hubungi saya, CEO MIF Empire.



Izzue 
014-8930658
Email: izzue93allaboutsupplement@gmail.com
Facebook: Muhd Izzul Fikri
Facebook Page: All About Supplement



OPTIMUM HEALTH SET SHAKLEE!

Kesihatan amat penting untuk kita jaga. Jadi amalan gaya hidup sihat mempengaruhi kesihatan kita. Tapi bagaimanakah cara untuk kita sentiasa konsisten dalam penjagaan kesihatan optimum ini? Anda selalu memberi jawapan yang sama iaitu senaman setiap hari. Namun, adakah kita konsisten melakukannya setiap hari? Setiap minggu? Setiap bulan? Haaa. Tepuk dada tanya hati. Adakah anda patuh pada diri anda sendiri?

Haaaa. Anda sendiri tahu jawapannya bukan? Kita manusia. Jadi kita tidak dapat lari dari memberi seribu satu alasan kenapa kita tidak lakukan senaman setiap hari. Paling kurang 30minit sehari. Ingin sihat tetapi MALAS untuk jaga kesihatan yang Allah dah kurniakan kepada kita. Nanti dah jatuh sakit, baru nak sibuk-sibuk buat senaman. Dah sihat 2-3 hari lepas tu, lupa lagi nak buat. Tengok? Manusia tak pernah bersyukur. Adakalanya mereka alpa dengan duniawi. 

Oleh itu, saya ada jawapan untuk anda kekal sihat secara optimum. Saya pun manusia juga. Tidak lari dari kesibukan menguruskan kerja-kerja harian. Namun, jika ada kelapangan di petang hari, saya akan pergi main badminton untuk mengeluarkan peluh saya untuk kekal sihat. Shaklee telah menyediakan satu set kesihatan optimum untuk kita semua. Saya sendiri mengamalkan set ini. Sangat rasa energetic kalau bersukan. Peluh keluar sangat banyak dan saya PUAS. 


Set ini yang saya maksudkan. Set Kesihatan Optimum dari Shaklee! 

Apa kelebihan set di atas? Mari kita kupaskan satu demi satu. 

Set ini mengandungi Vita-Lea, B-Complex dan Sustained Release Vita-C Plus. 


VITA LEA

1. Penambah tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian. 

2. Pelengkap nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang hanya mengamalkan sayuran (vegeterian) dan anemia. 

3. Keupayaan sistem reproduktif - Penting untuk tumbesaran anak-anak dan remaja yang sedang membesar. 

4. Metabolisma badan - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan. 

5. Elemen penting untuk tubuh badan - Menyediakan asa nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu memproses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid. 

6. Melindungi organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati. 



B-COMPLEX

1. Menukarkan makanan kepada tenaga - Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan. 

2. Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3. Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang. 

4. Rambut beruban dan gugur - Memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. 

5. Baik untuk mata - Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian atau fokus. 

6. Mencegah anemia - Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah dan mabuk darat atau laut. 

7. Meredakan senggugut - Baik untuk masalah senggugut (Pre-Menstrual Symptom), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit. 

8. Mencegah perlcche yang juga di kenali sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.

9. Detoksifikasi - Meredakan alahan. 


SUSTAINED RELEASED VITA-C PLUS.

1. Membentuk Kolagen - meransang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik. 

2. Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lembam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selesema (Flu / Running Nose)

4. Memerangi kanser - Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita. 

5. Mencantikkan kulit - Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat. 

6. Memperbaiki insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan. 

7. Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi. 


Selesai sudah pengisian berkenaan set kesihatan optimum Shaklee. 

Jadi bagaimana? Anda rasa anda punyai kesihatan yang optimum setiap hari dengan kesibukan kerja yang 'melampau'? Bagaimana untuk dapatkan kesihatan yang optimum ini? Begitu mudah caranya bukan? Saya telah kongsikan di atas. Semoga ia memberi manfaat untuk anda semua ya? 

Untuk pengetahuan anda, set di atas tahan sangat lamaaaa. Kerana apa?

Vita Lea mempunyai 120 tablets dan ia tahan untuk 4 bulan. 

B-Complex juga mengandungi 120 tablets yang tahan untuk 4 bulan juga. 

Tetapi tidak sama untuk Sustained Release Vita-C Plus. Ia mengandungi sebanyak 180 tablets! Sangat banyak okay. Dan mampu bertahan untuk 6 bulan! Wowww! Lama tuuu. 

Kalau anda seorang yang bijak mengira bajet, set ini sememangnya sangat menjaga bajet anda. Sudahlah berkesan, tahan lama pulak tuuuu. Seronoknya macam ni. Saya memang hari-hari tidak akan terlepas untuk telan 3 jenis vitamin ini. Kerana saya tahu badan saya dan kesihatan yang saya ada tidak optimum dengan kerja seharian saya. Jadi untuk dapatkan kesihatan yang optimum dan terjamin, saya ambil keputusan untuk telan vitamin-vitamin ini. Anda belum cuba? Anda cuba sekarang kerana anda mungkin akan JATUH CINTA pandang pertama dengan Shaklee. 

Izzue
014-8930658
CEO of MIF Empire
( Shinning like a STAR but be the one and only GOLDEN star among others )

Ingin menjadi sebahagian daripada ahli keluarga MIF Empire?

Anda bertemu sendiri dengan CEO MIF Empire dalam blog ini. 

Mari berkenalan. :)



Thursday, 16 October 2014

Apa manfaat utama Vita Lea Shaklee?

Alhamdulillah. Hasil dalam kelas online semalam, kami bincangkan berkenaan tentang Vita Lea. Kami bincangkan satu persatu tentang manfaat utama Vita Lea ni. Lepas tu kami huraikan satu-satu dan anda tahu apa berlaku? Ada di antara kami baru tahu tentang khasiat Vita Lea ini sendiri walaupun dah lama mengamalkannya. Ada pula yang tidak pernah cuba tapi bila dah bincangkan semua manfaat Vita Lea, dia bercadang untuk mencubanya lalu mulai menyemai rasa cinta itu dengan Vita Lea.

Syukurrrrr, Makin banyak yang jatuh cinta dengan Vita Lea ni. Begitu juga saya. Memang peneman di kala menjamu selera. Tak akan tertinggal. Hehehe.

Baiklah. Saya mula kupaskan satu persatu berkaitan manfaat utama Vita Lea ni ok?

Antara manfaat utama Vita Lea adalah:

1. PENAMBAH TENAGA SEGERA.

Bagaimanakah Vita Lea ini berfungsi sebagai penambah tenaga segera? Ada siapa tahu jawapannya? Saya kupaskan di sini.

Tahukah anda kandungan Vita Lea ini? Ia mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting. Tak tahu kan? Ni saya nak bagitahu bahawa oleh sebab kandungan Vita Lea ni mengandungi 12 vitamin dan 7 jenis mineral la membuatkan ia sebagai penambah tenaga segara. Ok, Sebagai contoh, jika anda telan 2 biji Vita Lea ni sehari, anda akan rasa luar biasa bertenaga sebab ia mengandungi Vitamin B1, B2 dan B3 yang berfungsi menukarkan makanan sebagai tenaga. Selain itu ia juga memperkasakan memori kita dan untuk kecerdasan mental.

MULTIVITAMIN & MULTIMINERAL

Kandungan Vitamin B1 ini membantu membina dan meransang peredaran darah yang baik. Selain membantu tumbesaran kita, vitamin B1 ini juga membantu mengatasi masalah keresahan. Jika ada di antara anda yang menghidap penyakit Herpes Zooster, vitamin B1 ini membantu anda dengan mengurangkan petanda Herpes Zooster ini. Seronokkan? Lepas ni tak ada lagi malu-malu dah sebab dibantu oleh vitamin B1 ini tadi.

Herpes Zooster pada tangan. Vitamin B1 bertindak membantu mengurangkan tanda Herpes Zooster.

Kandungan vitamin B2 ini pula membantu anda yang punyai penyakit anemia di mana anda kekurangan hemoglobin dalam darah. Selain itu, ia juga membantu untuk mengelakkan keletihan mata dan penyakit katarak. Sebagai info tambahan, katarak adalah sejenis penyakit kerosakan mata di mana kanta mata berselaput dan menjadi rabun menyebabkan kanta mata menjadi keruh dan penglihatan seseroang itu menjadi kabur dan cahaya tidak dapat menembusinya. Selain itu, kehadiran vitamin B2 di dalam satu biji Vita Lea ini membantu dari mendapatkan jangkitan lidah dan mulut serta mengelakkan kekejangan otot.

Gambar menunjukkan katarak mata berlaku di mana lensa mata berselaput dan menjadi kabur. 


Seterusnya berkenaan dengan vitamin B3 yang berfungsi untuk menghasilkan hormon selain dapat meransang peredaran darah yang baik. Vitamin B3 ini bagus untuk perut dan usus yang mana ia membantu daripada terkena cirit -birit yang teruk. Ia juga dapat merawat kepeningan dan mengelakkan seseorang daripada migrain. Bagi anda yang mempunyai masalah nafas berbau, vitamin B3 yang terkandung dalam Vita Lea ini membantu masalah anda selain bekerja untuk memulihkan ulser mulut.

Vitamin B3 membantu memulihkan ulser mulut. 

2. PELENGKAP NUTRISI

Bagaimana Vita Lea ini membantu kita sebagai pelengkap nutrisi harian? Tahu tak? Kita tengok satu hidangan makanan kita setiap hari. Cukup ker nutrisi dalam satu hidangan tu? Vitamin dalam satu hidangan tu cukup?

Ada dia antara kita yang hanya mengamalkan sayuran sahaja (vegeterian). Kita tengok satu hidangan yang penuh sayuran. Cukup tak vitamin dalam sayur-sayur tu sahaja? Mana protein? Mana karbohidrat? Itu anda katakan cukup?

Cukup tak vitamin dalam ni? Hihi. 

Lagi-lagi mereka yang mengalami anemia. Memang tak cukup hemoglobin darah sebab tak cukup nutrisi dalam darah dan dalam badan. Sebab itu Vita Lea ini di cipta untuk menjadi pelengkap nutrisi kita dalam satu hidangan. Ia di lengkapi dengan 12 vitamin dan 7 mineral penting dalam setiap tablet. Dengan pengambilan 2biji Vita Lea sehari, ia bersamaan dengan 40 hidangan lauk-pauk! Mana nak cari 40 jenis lauk-pauk? Sanggup nak telan 40jenis lauk setiap hari semata-mata nak cari pelengkap nutrisi anda?

Ini akan berlaku jika anda mengalami anemia. Anda kekurangan sel darah merah. 


3. KEUPAYAAN SISTEM REPRODUKTIF. 

Tahu bagaimana Vita Lea membantu kita dengan keupayaan sistem reproduktif? Tahu Vita Lea ada mengandungi vitamin E? Vitamin E itulah membantu dalam sistem reproduktif lelaki yang lebih baik. Selain itu, Ia juga membantu dalam keupayaan seksual dengan kehadiran vitamin B12 didalam setiap tablet Vita Lea ini. Seronok kan? Tetapi dengan adanya zink dalam kandungan Vita Lea ini, ia membantu meningkatkan keupayaan seksual bagi kaum lelaki. Selain itu, zink yang ada dalam setiap tablet ini mampu untuk mencegah masalah prostat bagi kaum lelaki. Vita Lea ini pun penting untuk pertumbesaran kanak-kanak begitu juga sesuai untuk remaja yang sedang membesar. 

4. METABOLISMA BADAN

Bagaimana Vita Lea ini boleh membantu dalam metabolisma badan kita? Seperti yang anda tahu Vita Lea ini adalah multivitamin terhebat dunia. Jadi kandungan vitamin yang mana satu membantu dalam metabolisma badan ni? Haaa. Nak tahu jawapannya? Jawapannya ialah Vita B6! Kenapa vitamin B6? Sebab dalam badan kita, sel-sel terbentuk adalah melalui kandungan protein yang ada di dalam badan kita. Protein sangat penting untuk pertumbuhan sel-sel baru yang lebih sihat. Oleh itu, vitamin B6 ini membantu dalam memetabolismakan protein yang sedia ada untuk menghasilkan sel-sel baru di dalam badan. Tengok? Hebatkan fungsi vitamin B6 ni? Barulah badan kita sihat kerana sel-sel baru sudah terbentuk. Badan jadi cergas sentiasa. Tak lemau. Hehe.

Cukup tak pengambilan Vitamin B6 kita sehari? :)


5. ELEMEN PENTING UNTUK SEL TUBUH

Kenapa Vita Lea ni di katakan elemen penting untuk sel tubuh? Sebab di lengkapi dengan 12 vitamin dan 7 mineral kan? Ia menyediakan nutrisi asas yang lengkap kepada tubuh badan kita. Selain itu, ia memastikan sel hidup dengan sihat dalam badan. Pertumbuhan sel baru ini dapat membantu dalam proses pembesaran yang lebih sihat. Ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut , otot, kulit, kuku dan hormon yang baik. Vita Lea ini membantu untuk menjaga kesihatan tiroid kita. Wahhh. Bestnyaaaa Vita Lea ni. Semakin jatuh cinta saya. Hihi.

Ingin memiliki kuku yang sihat? 


6. MELINDUNGI ORGAN.

Bagaimana cara Vita Lea ni melindungi organ-organ kita? Haaaaa. Rahsia terbongkar apabila mendapat kandungan Vita Lea ini 'terselit' Biotin. Di mana melindungi organ mata kita untuk mengelakkan rabun mata.

Selain itu, Vita Lea juga mengandungi kalsium yang berfungsi untuk menyihatkan gigi dan memperkasakan tulang. Ia juga mengekalkan kadar degupan jantung kita setiap hari dengan setiap pengambilan Vita Lea. Juga mencegah daripada penyakit osteoporosis iaitu penyakit tulang lembut.

Kandungan iodin di dalam setiap tablet Vita Lea ini baik untuk melindungi tiroid kita. Ia sekaligus membina ligamen / otot dan memelihara kesinambungan tisu-tisu di dalam badan kita. Tambahan pula, kandungan Magnesium yang ada dalam sebiji Vita Lea adalah untuk kesihatan tulang dan gigi yang sempurna. Magnesium juga melindungi jantung, buah pinggang dan hati untuk mencegah daripada mendapat penyakit.

Fosforus juga berfungsi untuk melindungi tulang dengan meingkatkan kepadatan tulang dan untuk mencegah pereputan tulang. :)

Antara organ yang ada di dalam badan kita. Vita Lea melindungi organ-organ ini. 


7. MENCANTIKKAN DAN MENEGANGKAN KULIT.

Haa. 'Part' ini ada seronok sikit untuk di bincagkan kerana mendapat sambutan hangat dari semua wanita. Wahh. Hehehe. Tapi macam mana Vita Lea boleh mencatikkan dan menegangkan kulit? Siapa ada jawapan untuk ni pula? Hehe. 

Inilah kelebihan Vita Lea di mana ia mengandungi vita A, vita E dan vita C! Seronokkan? Ketiga-tiga vitamin ni berfungsi serentak sebagai anti-oksidan. Hehe. Vitamin A ni membantu kulit kita menjadi lebih sihat. Manakala vitamin E ni pula memejalkan kulit kita dengan membantu menegangkan kulit. Di samping boleh menyerikan kulit kita, vita E ni juga membantu untuk menghilangkan parut. Anda selalu dapat parutkan lepas jerawat tumbuh dan kecut? Vita Lea lah jawabnya. Hihi. Tidak ketinggalakn vitamin C yang memang sinonim untuk kecantikan kulit. Yang paling best, ia meransang formasi KOLAGEN! Vitamin C pun ada kandungan kolagen! Giler tak best kan? Tambah lagi kolagen Shaklee, memang glowing-glowing lah muka anda semua nanti. Terbaiklah! :)

Ingin memiliki kulit yang cantik dan bermaya? Tegang dan anjal? Boleh sahaja. :)


8. PENTING UNTUK DIET. 

Kenapa Vita Lea ni penting untuk diet pula? Sedangkan ia cuma tablet jer pun. Tapi penting sangat untuk diet. Siapa pula dapat jawab bahagian ni? Hehe. Alaaa. Senang jerrrr nak jawab ni. Hehe. 

Okay. Tadi telah kupaskan tentang Vita Lea ni adalah multivitamin dan multimineral kan? Bayangkan anda sedang mengamalkan diet. Anda pasti diet yang anda amal itu diet yang seimbang dan sihat? Pasti? Kita tengok piramid makanan. Kalau kita diet ikut aturan piramid makanan setiap hari, memang SUPERB! Dan ada HEBAT. Tetapi persoalannya, sampai bila anda tahan melakukan diet sedemikian? Sanggup tak sebelum makan, kita kira-kira berapa kandungan protein kita perlu ambil, berapa kandungan karbohidrat perlu ambil. Tak terliur ker tengok makanan sedap-sedap depan mata? Hehe. Sebab itulah Vita Lea ni di cipta khas untuk anda yang mengamalkan diet. Kehadiran iodin dalam Vita Lea secara tak langsung boleh mengawal berat badan. :)

Sebagai contoh, mee goreng gerai A dan gerai B. Memang dua-dua adalah mee goreng tapi kandungan di dalam tu macam mana? Sanggup nak kira? Gerai A ada tambah telur tak? Gerai B ada tambah daging tak? Lainkan elemen-elemen yang ada dalam mee goreng gerai A dan gerai B? So macam mana nak tahu gerai mana satu lebih sihat dan nutrisi dia lengkap untuk keperluan diet kita? 

Sebab itulah Vita Lea ini dicipta dengan menggunakan jisim yang sama untuk setiap tablet. Dia tak kan berubah-rubah sebab memang dah di timbang setiap tablet itu. Jadi keperluan diet kita ada di dalam 2 biji Vita Lea ini, Memang terbukti bahawa Vita Lea ini penting untuk diet kan? 

9. IBU HAMIL DAN IBU MENYUSU PERLU AMBIL VITA LEA KERANA MINERAL, VITAMIN SERTA ION PENTING UNTUK IBU DAN ANAK. 

Wahhh. Panjang pula fungsi ni. Hihi. Tak apa kita akan tetap kupaskan fungsi ini. Hehe. Bagaimana ia membantu ibu hamil dan menyusukan anak ni? Ini adalah kerana kehadiran Asid Folik dalam Vita Lea ini. Ia membantu menyihatkan fetus iaitu janin dalam rahim ibu. Asid Folik juga meransang pengeluaran susu badan si ibu dengan lebih banyak dan berkhasiat untuk si manja. Untunglaaa bayi tu kalau si ibu dia mengamalkan Vita Lea ni. Rugi saya sebab semasa saya lahir, tiada siapa pun tahu tentang Shaklee ni sedangkan Vita Lea dah nak masuk umur yan ke-100 tahun hadapan.Terasa rugi pula mak saya tak kenal Shaklee masa tu. Hehehe.


Ibu yang hamil juga kadang-kadang dapat anemia semasa hamil. Oleh sebab itu, ibu hamil di sarankan untuk mengamalkan Vita Lea ni kerana kandungan vitamin B2 membantu mencegah anemia. Kandungan vitamin B12 juga boleh membantu pertumbuhan fetus selain dapat mencegah anemia semasa hamil. Haaa. Jadi ibu-ibu yang hamil dan tengah menyusukan anak, cubalah Vita Lea sebotol. Tahan 4 bulan tu. Lama betul. Berbaloi-baloi. :)


10. MEMASTIKAN PENYERAPAN VITAMIN DAN MINERAL LAIN DENGAN LEBIH EFEKTIF. 

Macam mana Vita Lea boleh membantu penyerapan vitamin dan mineral yang lebih efektif dalam badan kita? Haaa. Tadi dah kupaskan pada awal-awal bab ni. Untuk pengetahuan, badan kita ini terdiri daripada sel-sel. Sumber asas sel ini adalah protein. Makanan kepada sel ada multivitamin. Sel ini benda hidup jadi ia perlukan makanan untuk terus hidup. Multivitamin sangat penting untuk tumbesaran sel yang bagus dan sempurna. Kalau takda makan. tak hidup elok lah sel dalam badan kita. Betul tak? Jadi, sel yang sihat juga mempengaruhi kadar penyerapan vitamin dan mineral lain dengan lebih efektifkan? Semua bermula dari yang sihat, barulah penyerapan terbaik akan berlaku.

Betapa pentingnya protein dalam badan kita. 

Alhamdulillah. Sekarang anda semua dah tahu kan apa manfaat utama Vita Lea dari Shaklee ini yang sangat hebat dipersada dunia? Sampai menggegarkan dunia kerana sudah 'bertapak' hampir 100 tahun. Tahun depan genaplah umur 100 tahun Vita Lea ni. Hehe. Nampak tak kehebatan Vita Lea ni bila anda baca fungsi-fungsinya? Terus dapat buat anda jatuh cinta kan? Hehe. Ini saya kongsikan serba sedikit tentang fungsinya. Mungkin ada di antara tidak tahu tentang khasiat Vita Lea ni kan? Malah ada Shaklee Independent Distributor juga tidak tahu tentang hebatnya Vita Lea. Hehe. Sekarang selesai tugas saya untuk share kepada anda. Semoga bermanfaat dan saya mengharapkan readers yang baca entry ini mengamalkan Vita Lea mulai saat ini sebab anda dah tahu khasiatnya bukan? Bagi yang belum mencuba dan ingin mencuba, jangan malu jangan sengan hubungi saya ok? Rumah saya terbuka luas untuk tetamu istimewa seperti anda.

Pastikan hidup anda lebih sihat bersama Vita Lea Shaklee iaitu Multivitamin dan Multimineral terhebat dunia! Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya di whatsapp. Ada kemusykilan atau pertanyaan boleh berbuat demikian.

Izzue
014-8930658
Usahawan Muda Shaklee
Kuching, Sarawak. 



Wednesday, 15 October 2014

Memberi infaq kepada mereka yang memerlukan.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah sekali lagi. Bulan lepas (September) saya berjaya mendapatkan bonus dari Shaklee. Bonus pertama merupakan Bonus dari sales saya dan bonus kedua saya dapat untuk Naik Rank. Kalau bulan ni saya efektif lagi untuk rank Supervisor, saya akan dapat lagi bonus Rm500. Kalau saya naik rank,  in shaa Allah bonus akan bertambah. Usaha selagi mampu ku galas! Ada 16 hari lagi sebelum closing. Saya mesti efektif pada 20 Oktober ni.

Bonus telah pun di masukkan ke dalam akaun saya dari Shaklee. Syukur tidak terhingga dan sejak semalam saya lagi saya dah tulis dalam buku siap-siap. Mana pergi duit saya lepas ini. Berapa masuk Tabung Haji, berapa masuk Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), berapa nak bagi ibu, berapa nak bagi ayah, berapa untuk sedekah. Semua itu saya dah tulis siap-siap dah agihkan mengikut kategori.

Alhamdulillah. Saat saya klik jumlah wang itu kepada bank masing-masing, air mata saya mengalir jatuh ke pipi. Ini kerana saya tidak sangka walaupun umur saya baru 21 tahun ini, saya dah mampu bagi sedikit bekalan untuk ibu ayah saya dalam bentuk 3 angka. Walaupun nilainya tidak besar, tapi mereka yang saya utamakan. 3 angka adalah nilai cukup besar saya untuk mereka. Sebelum ni saya hanya mampu untuk belanja mereka makan di kedai luar. Saya cakap, "Mak, tak payah masak. Kita makan luar hari ni. Saya belanja." Itu pun hanya kami bertiga. Di mana jumlah kesemuanya hanya berharga Rm50. Bayangkan, Rm50 bahagi 2 orang. Ibu Rm25, ayah Rm25. Itu sahaja yang saya mampu bagi mereka? Sedangkan sudah 21 tahun saya di dunia ini, hanya itu saja saya dapat membalas? Masya Allah TETAPI dengan Shaklee, Alhamdulillah. Saya mampu mendapatkan bonus 4 angka bulan lepas. Dan sebahagian saya infaqkan kepada mereka yang memerluka.

Saya juga menginfaqkan sedikit bonus Shaklee saya kepada adik-beradik saya. Sebab keluarga kami bukanlah berasal dari keluarga yang hidupnya sangat mewah. Saya merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Di harap dengan sedikit wang yang saya infaqkan itu dapat membantu adik-beradik saya ke arah yang lebih baik dan dapat meringankan beban mereka selama ini. Terima kasih yang tak terhingga saya panjatkan kepadaMu, Ya Allah.

Bagaimana untuk mencari rezeki yang berkat di sisi Allah?



Cerita di atas adalah HANYA sekadar PERKONGSIAN dan TIADA unsur MENUNJUK-NUNJUK ataupun RIAK


Ingin membantu meringankan beban ibu bapa anda dari sekarang? 

Saya ada jalan yang telah saya suluhkan lampu untuk anda. Apa yang anda harus buat hanyalah berjalan mengikut jalan yang di suluh dan jaga elok-elok jalan tersebut kerana bila-bila masa lampu boleh terpadam dan anda HANYUT oleh kerana sikap anda sendiri yang LUPA dan LALAI tentang tanggungjawab yang telah di galas. 


Allah tidak berjanji akan menyediakan jalan yang mudah. Tetapi dia berjanji akan bersama dengan kita dalam setiap langkah dalam hidup kita selagi kita memerlukan bantuan dariNya. 

Lihatlah kesungguhan  Adik Nur Khatijah ini. Mengumpulkan sejumlah wang syiling berharga sehingga Rm64 hanya semata-mata untuk bayar yuran sekolah dia TANPA bantuan kedua orang tuanya. Tengok, budak kecik lagi faham erti kepayahan tapi dia MAHU bersekolah dia USAHA cari wang untuk bayar yuran sekolah sehingga tak mahu MENYUSAHKAN orang tuanya. Tak rasa MALU dengan adik ni? Kecil-kecil lagi dah ada sifat KESABARAN. Semoga awak di murahkan rezeki adik Khatijah. Terus belajar hingga ke menara gading ya. Bahagiakan ibu bapamu. 


Mari. Sudah tiba masanya untuk kita berbakti kepada kedua orang tua kita. Hargai mereka selagi mereka masih ada. Menangis airmata darah sekalipun tiada guna jika anda tidak merubah hidup anda untuk mereka kerena mereka dah terlalu banyak mengorbankan masa dan wang untuk anda sehingga anda memijakkan kaki ke menara gading. Inilah masanya untuk anda membalas selagi nyawa mereka masih di kandung badan. Biar putih tulang JANGAN putih mata. 

Bila gaji dah keluar, utamakan kedua orang tua kita. Utamakan kepada mereka yang lebih memerlukan.Walaupun mereka tidak meminta, tetapi sebagai anak dan seorang manusia, kita tahu di mana tanggungjawab kita. Jangan gaji dah tinggal Rm100, baru teringatkan orang tua dan bagi Rm50 jer. Bahagiakan kedua orang tua kita. Mereka tidak meminta tetapi sebagai anak, tanggungjawab kita untuk mmbahagiakan mereka. 

Fikir dan selamat beramal. 

Gaji tak cukup? Macam mana untuk mencari 'side income' guna internet? 


Izzue
Usahawan Muda Shaklee
014-8930658
Kuching, Sarawak. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...