Tuesday 21 October 2014

SHAKLEE DIFFERENT UNTUK SET KESIHATAN OPTIMUM

Kenapa perlu Shaklee?? Apa kelebihan produk Shaklee berbanding dengan produk lain di luar sana? Siapa dapat bagi perbezaan Shaklee dengan produk lain, saya ada hadiah istimewa menanti anda. :)

Untuk set kesihatan optimum Shaklee, Shaklee telah menyediakan set yang asas iaitu Vita-Lea, B-Complex dan Vita C Plus. Ini baru set yang asas tau. Bukan set lengkap. Banyak produk lain perlu di tambah untuk menjadikan set ini sebagai set lengkap kesihatan optimum dari Shaklee. Tengok, Shaklee tidak membebankan penggunanya. Ikut kemampuan masing-masing. Ada rezeki lebih, boleh tambah untuk jadi set lengkap. Untuk yang tidak berkemampuan sangat, boleh mencuba set asas ini untuk dapatkan kesihatan yang optimum. In shaa Allah, akan di permudahkan segala urusan. 

Baiklah. Saya akan mulakan dulu Shaklee Different untuk Vita-Lea. Seperti mana yang anda tahu, Vita-Lea ini adalah supplemen Multivitamin dan Multimineral dari Shaklee. Apa yang membezakan multivitamin Vita-Lea ini dengan produk di luar sana adalah:

Vita-Lea ini adalah multivitamin dan mineral yang PERTAMA dicipta di dunia ini. Asalnya di kenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan di singkatkan sebutan kepada, "Vita-Min". dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (99 tahun yang lalu) kepada bentuk tablet yang di kenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang di ekstrak  daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia di formulakan secara komprehensif dan sangat seimbang. 

Wajah Vita-Lea @ "Vitalize-Mineral" yang di cipta pada tahun 1915. 


Masuk majalah. Hehe. 


Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi-SPIRULINA. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, di sebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Multi-Vitamin yang paling pantas terlarut dalam air dan juga tubuh manusia! 
Tak sampai 5 minit dah larut. 

Senarai vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea. 


Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center For Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000. 

Wajah Vita-Lea Shaklee. 

Vita-Lea sudah. Kini kita beralih dengan B-Complex. Hehe. Apa perbezaan vitamin B Shaklee dengan yang lain? Mari ikut saya kupaskan dibawah. 

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semula jadi yang PERTAMA di dunia dengan kadar kebolehserapan  (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang bukan semula jadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

Kenapa B-Complex Shaklee terbaik? 



B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-Complex setiap hari. 

Shaklee B-Complex will not cause rosary fungus or infected active yeast bacteria like B complex extract from beer yeast.

Bagaimana untuk memilih B-Complex yang baik?

1. Mengandungi kesemua 8 komponen vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan oleh RDA. (Kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin. 
3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar. 
4. Elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut-air. (sustain release)

Wajah B-Complex Shaklee. 


Beralih kita ke Vita C Plus lagi. Hehehe. Apa yang membuatkan Vitamin C Shaklee berbeza sangat dari produk lain di pasaran? 

"Sains pembebasan berterusan secara semulajadi" vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet vitamin Shaklee ( di dalam jurang masa 5jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24jam. 

Satu tablet Vita C Plus bersamaan dengan 7 1/2 buah oren beserta kulitnya.

Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, di ekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Comolex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita untuk mengelakkan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.
Kenapa mesti Shaklee? Jom main kira-kira. :D


Adakah vitamin C memadai dari buah-buahan sahaja? 

Setiap hidangan buah-buahan mengekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila di perik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. 
Ini wajah Vita C Plus Shaklee. Sedappp sangat di samping boleh memutihkan muka. 

Mari berjaya bersama saya! Saya penasihat kesihatan anda. Kalau ada soalan misteri, sila bagitahu. 



Jadi, anda dah nampak perbezaan Shaklee dengan yang produk di pasaran. Betul tak? 

Jangan tangguh rezeki anda. 

Jangan tangguh kesihatan kita. 



Izzue
CEO of MIF Empire 

Wanna join my empire? 

Sign up now! 

Wanna know how? 
Ask me now. 

You won't regret! 😄





















Friday 17 October 2014

A One Day Special Promotion

ONLY TODAY 18th OCTOBER 2014!


Jom. Borong cepat-cepat! Promosi untuk SATU HARI SAJA!

Baru entry pagi saya share tentang Set Kesihatan Optimum. Salah satunya Vita C ni kan? So apa lagi? Jom lah borong sekarang. 

SHAKLEE DIFFERENT

"Sains pembebasan berterusan secara semulajadi" vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C didalam 2 tablet vitamin Shaklee ( di dalam jurang masa 5jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. 

Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, di ekstrak dari kulit buah) yang juga di kenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan menignkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita untuk mengelakkan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. 


Mengapa mesti Vitamin C Shaklee? Biar gambar berbicara. 


Kerana ternyata Vita C Shaklee lebih murah! Bukan itu sahaja. Ia tahan lama! Satu botol tahan hampir 6 bulan! Kalau anda dapatkan promo hari ni? 7 botol? Agak-agaknya berapa TAHUN akan tahan? Jom main kira-kira. Hari ini kita buat kelas matematik. Hihi. ;)

AMARAN!

> 1 batang rokok mampu MELUPUSKAN 50-100mg Vitamin C dalam badan.

> Keresahan akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C dalam badan.

> Kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan Vitamin C yang banyak dalam badan.

> Terlebih dos vitamin C (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan sedikit cirit-birit. 


TAHUKAH ANDA?

Haiwan menghasilkan vitamin C mereka sendiri. Seperti contoh sang Arnab mampu menghasilkan 18, 000mg (18g) vitamin C sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin c. Tambahan pula vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh badan kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin c setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksik. 

Kajian dari Dr. James Scala telah menunjukkan, adalah selamat untuk mengambil 5, 000mg 
(10 tablets) hingga 10, 000mg (20 tablets) vitamin C setiap hari. Dr. Pauling yang menemui vitamin C, mengambil 18g (18, 000mg) sehari dan beliau adalah sihat secara fizikal pada umur 
94 tahun.  

Adakah Vitamin C memadai dari buah-buahan sahaja? 
Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila di petik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. 

Haaaaa. Semua dah terjawabkan? Kenapa mesti Vita C Shaklee? Jom! Kita borong harini banyak-banyak!

Yang nak borong dengan MIF Empire boleh hubungi saya, CEO MIF Empire.



Izzue 
014-8930658
Email: izzue93allaboutsupplement@gmail.com
Facebook: Muhd Izzul Fikri
Facebook Page: All About Supplement



OPTIMUM HEALTH SET SHAKLEE!

Kesihatan amat penting untuk kita jaga. Jadi amalan gaya hidup sihat mempengaruhi kesihatan kita. Tapi bagaimanakah cara untuk kita sentiasa konsisten dalam penjagaan kesihatan optimum ini? Anda selalu memberi jawapan yang sama iaitu senaman setiap hari. Namun, adakah kita konsisten melakukannya setiap hari? Setiap minggu? Setiap bulan? Haaa. Tepuk dada tanya hati. Adakah anda patuh pada diri anda sendiri?

Haaaa. Anda sendiri tahu jawapannya bukan? Kita manusia. Jadi kita tidak dapat lari dari memberi seribu satu alasan kenapa kita tidak lakukan senaman setiap hari. Paling kurang 30minit sehari. Ingin sihat tetapi MALAS untuk jaga kesihatan yang Allah dah kurniakan kepada kita. Nanti dah jatuh sakit, baru nak sibuk-sibuk buat senaman. Dah sihat 2-3 hari lepas tu, lupa lagi nak buat. Tengok? Manusia tak pernah bersyukur. Adakalanya mereka alpa dengan duniawi. 

Oleh itu, saya ada jawapan untuk anda kekal sihat secara optimum. Saya pun manusia juga. Tidak lari dari kesibukan menguruskan kerja-kerja harian. Namun, jika ada kelapangan di petang hari, saya akan pergi main badminton untuk mengeluarkan peluh saya untuk kekal sihat. Shaklee telah menyediakan satu set kesihatan optimum untuk kita semua. Saya sendiri mengamalkan set ini. Sangat rasa energetic kalau bersukan. Peluh keluar sangat banyak dan saya PUAS. 


Set ini yang saya maksudkan. Set Kesihatan Optimum dari Shaklee! 

Apa kelebihan set di atas? Mari kita kupaskan satu demi satu. 

Set ini mengandungi Vita-Lea, B-Complex dan Sustained Release Vita-C Plus. 


VITA LEA

1. Penambah tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian. 

2. Pelengkap nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang hanya mengamalkan sayuran (vegeterian) dan anemia. 

3. Keupayaan sistem reproduktif - Penting untuk tumbesaran anak-anak dan remaja yang sedang membesar. 

4. Metabolisma badan - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan. 

5. Elemen penting untuk tubuh badan - Menyediakan asa nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu memproses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid. 

6. Melindungi organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati. 



B-COMPLEX

1. Menukarkan makanan kepada tenaga - Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan. 

2. Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3. Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang. 

4. Rambut beruban dan gugur - Memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. 

5. Baik untuk mata - Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian atau fokus. 

6. Mencegah anemia - Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah dan mabuk darat atau laut. 

7. Meredakan senggugut - Baik untuk masalah senggugut (Pre-Menstrual Symptom), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit. 

8. Mencegah perlcche yang juga di kenali sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.

9. Detoksifikasi - Meredakan alahan. 


SUSTAINED RELEASED VITA-C PLUS.

1. Membentuk Kolagen - meransang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik. 

2. Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lembam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selesema (Flu / Running Nose)

4. Memerangi kanser - Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita. 

5. Mencantikkan kulit - Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat. 

6. Memperbaiki insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan. 

7. Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi. 


Selesai sudah pengisian berkenaan set kesihatan optimum Shaklee. 

Jadi bagaimana? Anda rasa anda punyai kesihatan yang optimum setiap hari dengan kesibukan kerja yang 'melampau'? Bagaimana untuk dapatkan kesihatan yang optimum ini? Begitu mudah caranya bukan? Saya telah kongsikan di atas. Semoga ia memberi manfaat untuk anda semua ya? 

Untuk pengetahuan anda, set di atas tahan sangat lamaaaa. Kerana apa?

Vita Lea mempunyai 120 tablets dan ia tahan untuk 4 bulan. 

B-Complex juga mengandungi 120 tablets yang tahan untuk 4 bulan juga. 

Tetapi tidak sama untuk Sustained Release Vita-C Plus. Ia mengandungi sebanyak 180 tablets! Sangat banyak okay. Dan mampu bertahan untuk 6 bulan! Wowww! Lama tuuu. 

Kalau anda seorang yang bijak mengira bajet, set ini sememangnya sangat menjaga bajet anda. Sudahlah berkesan, tahan lama pulak tuuuu. Seronoknya macam ni. Saya memang hari-hari tidak akan terlepas untuk telan 3 jenis vitamin ini. Kerana saya tahu badan saya dan kesihatan yang saya ada tidak optimum dengan kerja seharian saya. Jadi untuk dapatkan kesihatan yang optimum dan terjamin, saya ambil keputusan untuk telan vitamin-vitamin ini. Anda belum cuba? Anda cuba sekarang kerana anda mungkin akan JATUH CINTA pandang pertama dengan Shaklee. 

Izzue
014-8930658
CEO of MIF Empire
( Shinning like a STAR but be the one and only GOLDEN star among others )

Ingin menjadi sebahagian daripada ahli keluarga MIF Empire?

Anda bertemu sendiri dengan CEO MIF Empire dalam blog ini. 

Mari berkenalan. :)



Thursday 16 October 2014

Apa manfaat utama Vita Lea Shaklee?

Alhamdulillah. Hasil dalam kelas online semalam, kami bincangkan berkenaan tentang Vita Lea. Kami bincangkan satu persatu tentang manfaat utama Vita Lea ni. Lepas tu kami huraikan satu-satu dan anda tahu apa berlaku? Ada di antara kami baru tahu tentang khasiat Vita Lea ini sendiri walaupun dah lama mengamalkannya. Ada pula yang tidak pernah cuba tapi bila dah bincangkan semua manfaat Vita Lea, dia bercadang untuk mencubanya lalu mulai menyemai rasa cinta itu dengan Vita Lea.

Syukurrrrr, Makin banyak yang jatuh cinta dengan Vita Lea ni. Begitu juga saya. Memang peneman di kala menjamu selera. Tak akan tertinggal. Hehehe.

Baiklah. Saya mula kupaskan satu persatu berkaitan manfaat utama Vita Lea ni ok?

Antara manfaat utama Vita Lea adalah:

1. PENAMBAH TENAGA SEGERA.

Bagaimanakah Vita Lea ini berfungsi sebagai penambah tenaga segera? Ada siapa tahu jawapannya? Saya kupaskan di sini.

Tahukah anda kandungan Vita Lea ini? Ia mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting. Tak tahu kan? Ni saya nak bagitahu bahawa oleh sebab kandungan Vita Lea ni mengandungi 12 vitamin dan 7 jenis mineral la membuatkan ia sebagai penambah tenaga segara. Ok, Sebagai contoh, jika anda telan 2 biji Vita Lea ni sehari, anda akan rasa luar biasa bertenaga sebab ia mengandungi Vitamin B1, B2 dan B3 yang berfungsi menukarkan makanan sebagai tenaga. Selain itu ia juga memperkasakan memori kita dan untuk kecerdasan mental.

MULTIVITAMIN & MULTIMINERAL

Kandungan Vitamin B1 ini membantu membina dan meransang peredaran darah yang baik. Selain membantu tumbesaran kita, vitamin B1 ini juga membantu mengatasi masalah keresahan. Jika ada di antara anda yang menghidap penyakit Herpes Zooster, vitamin B1 ini membantu anda dengan mengurangkan petanda Herpes Zooster ini. Seronokkan? Lepas ni tak ada lagi malu-malu dah sebab dibantu oleh vitamin B1 ini tadi.

Herpes Zooster pada tangan. Vitamin B1 bertindak membantu mengurangkan tanda Herpes Zooster.

Kandungan vitamin B2 ini pula membantu anda yang punyai penyakit anemia di mana anda kekurangan hemoglobin dalam darah. Selain itu, ia juga membantu untuk mengelakkan keletihan mata dan penyakit katarak. Sebagai info tambahan, katarak adalah sejenis penyakit kerosakan mata di mana kanta mata berselaput dan menjadi rabun menyebabkan kanta mata menjadi keruh dan penglihatan seseroang itu menjadi kabur dan cahaya tidak dapat menembusinya. Selain itu, kehadiran vitamin B2 di dalam satu biji Vita Lea ini membantu dari mendapatkan jangkitan lidah dan mulut serta mengelakkan kekejangan otot.

Gambar menunjukkan katarak mata berlaku di mana lensa mata berselaput dan menjadi kabur. 


Seterusnya berkenaan dengan vitamin B3 yang berfungsi untuk menghasilkan hormon selain dapat meransang peredaran darah yang baik. Vitamin B3 ini bagus untuk perut dan usus yang mana ia membantu daripada terkena cirit -birit yang teruk. Ia juga dapat merawat kepeningan dan mengelakkan seseorang daripada migrain. Bagi anda yang mempunyai masalah nafas berbau, vitamin B3 yang terkandung dalam Vita Lea ini membantu masalah anda selain bekerja untuk memulihkan ulser mulut.

Vitamin B3 membantu memulihkan ulser mulut. 

2. PELENGKAP NUTRISI

Bagaimana Vita Lea ini membantu kita sebagai pelengkap nutrisi harian? Tahu tak? Kita tengok satu hidangan makanan kita setiap hari. Cukup ker nutrisi dalam satu hidangan tu? Vitamin dalam satu hidangan tu cukup?

Ada dia antara kita yang hanya mengamalkan sayuran sahaja (vegeterian). Kita tengok satu hidangan yang penuh sayuran. Cukup tak vitamin dalam sayur-sayur tu sahaja? Mana protein? Mana karbohidrat? Itu anda katakan cukup?

Cukup tak vitamin dalam ni? Hihi. 

Lagi-lagi mereka yang mengalami anemia. Memang tak cukup hemoglobin darah sebab tak cukup nutrisi dalam darah dan dalam badan. Sebab itu Vita Lea ini di cipta untuk menjadi pelengkap nutrisi kita dalam satu hidangan. Ia di lengkapi dengan 12 vitamin dan 7 mineral penting dalam setiap tablet. Dengan pengambilan 2biji Vita Lea sehari, ia bersamaan dengan 40 hidangan lauk-pauk! Mana nak cari 40 jenis lauk-pauk? Sanggup nak telan 40jenis lauk setiap hari semata-mata nak cari pelengkap nutrisi anda?

Ini akan berlaku jika anda mengalami anemia. Anda kekurangan sel darah merah. 


3. KEUPAYAAN SISTEM REPRODUKTIF. 

Tahu bagaimana Vita Lea membantu kita dengan keupayaan sistem reproduktif? Tahu Vita Lea ada mengandungi vitamin E? Vitamin E itulah membantu dalam sistem reproduktif lelaki yang lebih baik. Selain itu, Ia juga membantu dalam keupayaan seksual dengan kehadiran vitamin B12 didalam setiap tablet Vita Lea ini. Seronok kan? Tetapi dengan adanya zink dalam kandungan Vita Lea ini, ia membantu meningkatkan keupayaan seksual bagi kaum lelaki. Selain itu, zink yang ada dalam setiap tablet ini mampu untuk mencegah masalah prostat bagi kaum lelaki. Vita Lea ini pun penting untuk pertumbesaran kanak-kanak begitu juga sesuai untuk remaja yang sedang membesar. 

4. METABOLISMA BADAN

Bagaimana Vita Lea ini boleh membantu dalam metabolisma badan kita? Seperti yang anda tahu Vita Lea ini adalah multivitamin terhebat dunia. Jadi kandungan vitamin yang mana satu membantu dalam metabolisma badan ni? Haaa. Nak tahu jawapannya? Jawapannya ialah Vita B6! Kenapa vitamin B6? Sebab dalam badan kita, sel-sel terbentuk adalah melalui kandungan protein yang ada di dalam badan kita. Protein sangat penting untuk pertumbuhan sel-sel baru yang lebih sihat. Oleh itu, vitamin B6 ini membantu dalam memetabolismakan protein yang sedia ada untuk menghasilkan sel-sel baru di dalam badan. Tengok? Hebatkan fungsi vitamin B6 ni? Barulah badan kita sihat kerana sel-sel baru sudah terbentuk. Badan jadi cergas sentiasa. Tak lemau. Hehe.

Cukup tak pengambilan Vitamin B6 kita sehari? :)


5. ELEMEN PENTING UNTUK SEL TUBUH

Kenapa Vita Lea ni di katakan elemen penting untuk sel tubuh? Sebab di lengkapi dengan 12 vitamin dan 7 mineral kan? Ia menyediakan nutrisi asas yang lengkap kepada tubuh badan kita. Selain itu, ia memastikan sel hidup dengan sihat dalam badan. Pertumbuhan sel baru ini dapat membantu dalam proses pembesaran yang lebih sihat. Ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut , otot, kulit, kuku dan hormon yang baik. Vita Lea ini membantu untuk menjaga kesihatan tiroid kita. Wahhh. Bestnyaaaa Vita Lea ni. Semakin jatuh cinta saya. Hihi.

Ingin memiliki kuku yang sihat? 


6. MELINDUNGI ORGAN.

Bagaimana cara Vita Lea ni melindungi organ-organ kita? Haaaaa. Rahsia terbongkar apabila mendapat kandungan Vita Lea ini 'terselit' Biotin. Di mana melindungi organ mata kita untuk mengelakkan rabun mata.

Selain itu, Vita Lea juga mengandungi kalsium yang berfungsi untuk menyihatkan gigi dan memperkasakan tulang. Ia juga mengekalkan kadar degupan jantung kita setiap hari dengan setiap pengambilan Vita Lea. Juga mencegah daripada penyakit osteoporosis iaitu penyakit tulang lembut.

Kandungan iodin di dalam setiap tablet Vita Lea ini baik untuk melindungi tiroid kita. Ia sekaligus membina ligamen / otot dan memelihara kesinambungan tisu-tisu di dalam badan kita. Tambahan pula, kandungan Magnesium yang ada dalam sebiji Vita Lea adalah untuk kesihatan tulang dan gigi yang sempurna. Magnesium juga melindungi jantung, buah pinggang dan hati untuk mencegah daripada mendapat penyakit.

Fosforus juga berfungsi untuk melindungi tulang dengan meingkatkan kepadatan tulang dan untuk mencegah pereputan tulang. :)

Antara organ yang ada di dalam badan kita. Vita Lea melindungi organ-organ ini. 


7. MENCANTIKKAN DAN MENEGANGKAN KULIT.

Haa. 'Part' ini ada seronok sikit untuk di bincagkan kerana mendapat sambutan hangat dari semua wanita. Wahh. Hehehe. Tapi macam mana Vita Lea boleh mencatikkan dan menegangkan kulit? Siapa ada jawapan untuk ni pula? Hehe. 

Inilah kelebihan Vita Lea di mana ia mengandungi vita A, vita E dan vita C! Seronokkan? Ketiga-tiga vitamin ni berfungsi serentak sebagai anti-oksidan. Hehe. Vitamin A ni membantu kulit kita menjadi lebih sihat. Manakala vitamin E ni pula memejalkan kulit kita dengan membantu menegangkan kulit. Di samping boleh menyerikan kulit kita, vita E ni juga membantu untuk menghilangkan parut. Anda selalu dapat parutkan lepas jerawat tumbuh dan kecut? Vita Lea lah jawabnya. Hihi. Tidak ketinggalakn vitamin C yang memang sinonim untuk kecantikan kulit. Yang paling best, ia meransang formasi KOLAGEN! Vitamin C pun ada kandungan kolagen! Giler tak best kan? Tambah lagi kolagen Shaklee, memang glowing-glowing lah muka anda semua nanti. Terbaiklah! :)

Ingin memiliki kulit yang cantik dan bermaya? Tegang dan anjal? Boleh sahaja. :)


8. PENTING UNTUK DIET. 

Kenapa Vita Lea ni penting untuk diet pula? Sedangkan ia cuma tablet jer pun. Tapi penting sangat untuk diet. Siapa pula dapat jawab bahagian ni? Hehe. Alaaa. Senang jerrrr nak jawab ni. Hehe. 

Okay. Tadi telah kupaskan tentang Vita Lea ni adalah multivitamin dan multimineral kan? Bayangkan anda sedang mengamalkan diet. Anda pasti diet yang anda amal itu diet yang seimbang dan sihat? Pasti? Kita tengok piramid makanan. Kalau kita diet ikut aturan piramid makanan setiap hari, memang SUPERB! Dan ada HEBAT. Tetapi persoalannya, sampai bila anda tahan melakukan diet sedemikian? Sanggup tak sebelum makan, kita kira-kira berapa kandungan protein kita perlu ambil, berapa kandungan karbohidrat perlu ambil. Tak terliur ker tengok makanan sedap-sedap depan mata? Hehe. Sebab itulah Vita Lea ni di cipta khas untuk anda yang mengamalkan diet. Kehadiran iodin dalam Vita Lea secara tak langsung boleh mengawal berat badan. :)

Sebagai contoh, mee goreng gerai A dan gerai B. Memang dua-dua adalah mee goreng tapi kandungan di dalam tu macam mana? Sanggup nak kira? Gerai A ada tambah telur tak? Gerai B ada tambah daging tak? Lainkan elemen-elemen yang ada dalam mee goreng gerai A dan gerai B? So macam mana nak tahu gerai mana satu lebih sihat dan nutrisi dia lengkap untuk keperluan diet kita? 

Sebab itulah Vita Lea ini dicipta dengan menggunakan jisim yang sama untuk setiap tablet. Dia tak kan berubah-rubah sebab memang dah di timbang setiap tablet itu. Jadi keperluan diet kita ada di dalam 2 biji Vita Lea ini, Memang terbukti bahawa Vita Lea ini penting untuk diet kan? 

9. IBU HAMIL DAN IBU MENYUSU PERLU AMBIL VITA LEA KERANA MINERAL, VITAMIN SERTA ION PENTING UNTUK IBU DAN ANAK. 

Wahhh. Panjang pula fungsi ni. Hihi. Tak apa kita akan tetap kupaskan fungsi ini. Hehe. Bagaimana ia membantu ibu hamil dan menyusukan anak ni? Ini adalah kerana kehadiran Asid Folik dalam Vita Lea ini. Ia membantu menyihatkan fetus iaitu janin dalam rahim ibu. Asid Folik juga meransang pengeluaran susu badan si ibu dengan lebih banyak dan berkhasiat untuk si manja. Untunglaaa bayi tu kalau si ibu dia mengamalkan Vita Lea ni. Rugi saya sebab semasa saya lahir, tiada siapa pun tahu tentang Shaklee ni sedangkan Vita Lea dah nak masuk umur yan ke-100 tahun hadapan.Terasa rugi pula mak saya tak kenal Shaklee masa tu. Hehehe.


Ibu yang hamil juga kadang-kadang dapat anemia semasa hamil. Oleh sebab itu, ibu hamil di sarankan untuk mengamalkan Vita Lea ni kerana kandungan vitamin B2 membantu mencegah anemia. Kandungan vitamin B12 juga boleh membantu pertumbuhan fetus selain dapat mencegah anemia semasa hamil. Haaa. Jadi ibu-ibu yang hamil dan tengah menyusukan anak, cubalah Vita Lea sebotol. Tahan 4 bulan tu. Lama betul. Berbaloi-baloi. :)


10. MEMASTIKAN PENYERAPAN VITAMIN DAN MINERAL LAIN DENGAN LEBIH EFEKTIF. 

Macam mana Vita Lea boleh membantu penyerapan vitamin dan mineral yang lebih efektif dalam badan kita? Haaa. Tadi dah kupaskan pada awal-awal bab ni. Untuk pengetahuan, badan kita ini terdiri daripada sel-sel. Sumber asas sel ini adalah protein. Makanan kepada sel ada multivitamin. Sel ini benda hidup jadi ia perlukan makanan untuk terus hidup. Multivitamin sangat penting untuk tumbesaran sel yang bagus dan sempurna. Kalau takda makan. tak hidup elok lah sel dalam badan kita. Betul tak? Jadi, sel yang sihat juga mempengaruhi kadar penyerapan vitamin dan mineral lain dengan lebih efektifkan? Semua bermula dari yang sihat, barulah penyerapan terbaik akan berlaku.

Betapa pentingnya protein dalam badan kita. 

Alhamdulillah. Sekarang anda semua dah tahu kan apa manfaat utama Vita Lea dari Shaklee ini yang sangat hebat dipersada dunia? Sampai menggegarkan dunia kerana sudah 'bertapak' hampir 100 tahun. Tahun depan genaplah umur 100 tahun Vita Lea ni. Hehe. Nampak tak kehebatan Vita Lea ni bila anda baca fungsi-fungsinya? Terus dapat buat anda jatuh cinta kan? Hehe. Ini saya kongsikan serba sedikit tentang fungsinya. Mungkin ada di antara tidak tahu tentang khasiat Vita Lea ni kan? Malah ada Shaklee Independent Distributor juga tidak tahu tentang hebatnya Vita Lea. Hehe. Sekarang selesai tugas saya untuk share kepada anda. Semoga bermanfaat dan saya mengharapkan readers yang baca entry ini mengamalkan Vita Lea mulai saat ini sebab anda dah tahu khasiatnya bukan? Bagi yang belum mencuba dan ingin mencuba, jangan malu jangan sengan hubungi saya ok? Rumah saya terbuka luas untuk tetamu istimewa seperti anda.

Pastikan hidup anda lebih sihat bersama Vita Lea Shaklee iaitu Multivitamin dan Multimineral terhebat dunia! Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya di whatsapp. Ada kemusykilan atau pertanyaan boleh berbuat demikian.

Izzue
014-8930658
Usahawan Muda Shaklee
Kuching, Sarawak. 



Wednesday 15 October 2014

Memberi infaq kepada mereka yang memerlukan.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah sekali lagi. Bulan lepas (September) saya berjaya mendapatkan bonus dari Shaklee. Bonus pertama merupakan Bonus dari sales saya dan bonus kedua saya dapat untuk Naik Rank. Kalau bulan ni saya efektif lagi untuk rank Supervisor, saya akan dapat lagi bonus Rm500. Kalau saya naik rank,  in shaa Allah bonus akan bertambah. Usaha selagi mampu ku galas! Ada 16 hari lagi sebelum closing. Saya mesti efektif pada 20 Oktober ni.

Bonus telah pun di masukkan ke dalam akaun saya dari Shaklee. Syukur tidak terhingga dan sejak semalam saya lagi saya dah tulis dalam buku siap-siap. Mana pergi duit saya lepas ini. Berapa masuk Tabung Haji, berapa masuk Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), berapa nak bagi ibu, berapa nak bagi ayah, berapa untuk sedekah. Semua itu saya dah tulis siap-siap dah agihkan mengikut kategori.

Alhamdulillah. Saat saya klik jumlah wang itu kepada bank masing-masing, air mata saya mengalir jatuh ke pipi. Ini kerana saya tidak sangka walaupun umur saya baru 21 tahun ini, saya dah mampu bagi sedikit bekalan untuk ibu ayah saya dalam bentuk 3 angka. Walaupun nilainya tidak besar, tapi mereka yang saya utamakan. 3 angka adalah nilai cukup besar saya untuk mereka. Sebelum ni saya hanya mampu untuk belanja mereka makan di kedai luar. Saya cakap, "Mak, tak payah masak. Kita makan luar hari ni. Saya belanja." Itu pun hanya kami bertiga. Di mana jumlah kesemuanya hanya berharga Rm50. Bayangkan, Rm50 bahagi 2 orang. Ibu Rm25, ayah Rm25. Itu sahaja yang saya mampu bagi mereka? Sedangkan sudah 21 tahun saya di dunia ini, hanya itu saja saya dapat membalas? Masya Allah TETAPI dengan Shaklee, Alhamdulillah. Saya mampu mendapatkan bonus 4 angka bulan lepas. Dan sebahagian saya infaqkan kepada mereka yang memerluka.

Saya juga menginfaqkan sedikit bonus Shaklee saya kepada adik-beradik saya. Sebab keluarga kami bukanlah berasal dari keluarga yang hidupnya sangat mewah. Saya merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Di harap dengan sedikit wang yang saya infaqkan itu dapat membantu adik-beradik saya ke arah yang lebih baik dan dapat meringankan beban mereka selama ini. Terima kasih yang tak terhingga saya panjatkan kepadaMu, Ya Allah.

Bagaimana untuk mencari rezeki yang berkat di sisi Allah?



Cerita di atas adalah HANYA sekadar PERKONGSIAN dan TIADA unsur MENUNJUK-NUNJUK ataupun RIAK


Ingin membantu meringankan beban ibu bapa anda dari sekarang? 

Saya ada jalan yang telah saya suluhkan lampu untuk anda. Apa yang anda harus buat hanyalah berjalan mengikut jalan yang di suluh dan jaga elok-elok jalan tersebut kerana bila-bila masa lampu boleh terpadam dan anda HANYUT oleh kerana sikap anda sendiri yang LUPA dan LALAI tentang tanggungjawab yang telah di galas. 


Allah tidak berjanji akan menyediakan jalan yang mudah. Tetapi dia berjanji akan bersama dengan kita dalam setiap langkah dalam hidup kita selagi kita memerlukan bantuan dariNya. 

Lihatlah kesungguhan  Adik Nur Khatijah ini. Mengumpulkan sejumlah wang syiling berharga sehingga Rm64 hanya semata-mata untuk bayar yuran sekolah dia TANPA bantuan kedua orang tuanya. Tengok, budak kecik lagi faham erti kepayahan tapi dia MAHU bersekolah dia USAHA cari wang untuk bayar yuran sekolah sehingga tak mahu MENYUSAHKAN orang tuanya. Tak rasa MALU dengan adik ni? Kecil-kecil lagi dah ada sifat KESABARAN. Semoga awak di murahkan rezeki adik Khatijah. Terus belajar hingga ke menara gading ya. Bahagiakan ibu bapamu. 


Mari. Sudah tiba masanya untuk kita berbakti kepada kedua orang tua kita. Hargai mereka selagi mereka masih ada. Menangis airmata darah sekalipun tiada guna jika anda tidak merubah hidup anda untuk mereka kerena mereka dah terlalu banyak mengorbankan masa dan wang untuk anda sehingga anda memijakkan kaki ke menara gading. Inilah masanya untuk anda membalas selagi nyawa mereka masih di kandung badan. Biar putih tulang JANGAN putih mata. 

Bila gaji dah keluar, utamakan kedua orang tua kita. Utamakan kepada mereka yang lebih memerlukan.Walaupun mereka tidak meminta, tetapi sebagai anak dan seorang manusia, kita tahu di mana tanggungjawab kita. Jangan gaji dah tinggal Rm100, baru teringatkan orang tua dan bagi Rm50 jer. Bahagiakan kedua orang tua kita. Mereka tidak meminta tetapi sebagai anak, tanggungjawab kita untuk mmbahagiakan mereka. 

Fikir dan selamat beramal. 

Gaji tak cukup? Macam mana untuk mencari 'side income' guna internet? 


Izzue
Usahawan Muda Shaklee
014-8930658
Kuching, Sarawak. 

Tuesday 14 October 2014

Bonus 4 Angka Dari Shaklee!

Syukur! Berkat usaha saya sendiri, bulan lepas saya naik rank Supervisor. (Sept 2014)

Dah dapat bonus 4 angka! Dulu 3 angka jer. Alhamdulillah. Shaklee dah bank-in masuk account hari ni. Usaha gigih yang membuahkan hasil. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita terima. Semuanya datangnya dari Allah.

Saya merupakan seorang pelajar dan saya telah buktikan yang saya mampu mendapatkan bonus 4 angka dari Shaklee. Saya dah buktikan itu. Walaupun anda pelajar, tiada alasan untuk berjaya. Bila lagi nak bermula kalau tak dari sekarang? Wei. Minyak naik woooo! Rm0.20 seliter. Ngeri! Nak harapkan elaun 3 angka nak bayar minyak kereta? Mampus!



Saya pelajar tahu akhir bidang Perubatan. Anda sendiri pernah jadi pelajar tahun akhir di universiti anda kan? Tahu betapa sibuknya anda di final year kan? Busy dengan research lagi dengan final project. Tapi dlm kesibukan saya, saya telah buktikan saya mampu meraih kejayaan bulan lepas dengan naik rank dalam Shaklee.

Saya budak medic. Tak semua orang medic 'suka' supplement. Malah ada yang ANTI SUPPLEMEN. Tapi kenapa saya lebih bergantung dengan supplemen?

Sebab saya tahu tubuh badan saya sangat memerlukan supplemen. Saya telan 2 biji vitamin C setiap hari kerana badan saya mengeluarkan jumlah vitamjn C yang sikit. Jika saya tidak mengambil vita c Shaklee, saya kekurangan vitamin c dlm badan dan menyebabkan saya MUDAH jatuh sakit. 1 biji vitamin c Shaklee bersamaan dengan 7 buah oren yang saya perlu makan sehari. Mcm mana saya nak telan 14biji buah oren untuk dapatkan 1000mg vitamin c dalam badan? Mampu? Sejujurnya, saya tidak mampu nak telan 14biji oren sehari. Confirm saya akan batuk, selesema dan demam lepas 'paksa' diri untuk telan 14 biji oren.



Sama macam ESP yang sy minum 2 kali sehari. ESP berasaskan soya. ESP adalah 12 kali ganda SUSU, 2 kali ganda DAGING dan 4 kali ganda TELUR. Tengok. Hanya minum sebotol bancuhan ESP, saya dah dapat 12 gelas susu, 2 kali ganda daging dan 4 kali ganda telur dan 6 kali roti. Kalau saya minum 2 kali sehari? Berapa gelas susu saya perlu telan kalau saya tak telan supplemen Shaklee ni?


Sebab itu saya sangat 'bergantung' dgn supplement ni. Ia vitamin untuk badan saya dan supplement terbaik untuk saya. Sebab tu saya dapat kulit muka camni. Cerah dan bermaya. Sebab supplement lah. Itu rahsia saya. Ubat mana saya nak telan untuk dapatkan kulit cerah kalau bukan vitamin C Shaklee?

Tepuk dada tanya selera anda masing-masing. Nak bergantung dengan ubat atau nak bergantung dengan supplement?

Saya pelajar, ada pula di antara anda tidak bekerja dan tidak belajar sebab kekangan wang. Betul? Jadi saya disini menyeru anda yang masih muda untuk ceburi bidang business dari sekarang. Dengan bisnes, anda mampu berjaya. Dah berjaya, bila-bila boleh pijak menara gading. Malah boleh belajar sampai ke luar negara sana! Tengok? Nampaka tak peluang anda cerah? Bukan bermaksud tak ada duit, tak mampu nak buat apa-apa. Sampai bila nak tunggu camtu je tanpa buat apa-apa? Saya sibuk dengan pembelajaran saya. Tahun akhir biasalah tu. Tapi saya mampu untuk berjaya tatkala saya sibuk dengan pelajaran. Saya dah buktikan dengan anda. Masih x nampak? Nak tengok camtu jer saya dapat bonus 4 angka tiap bulan?

Anak muda! BANGUN LAH! Perjalanan anda masih jauh! Jangan berhenti di tengah jalan. Berjuang sampai ke akhirnya!

Apa? Anda MALU? Malu ker anda buat sesuatu yang dapat merubah hidup seseorang ke arah lebih baik? Malu nak beri nilai kehidupan bahagia kepada manusia yang memerlukan di luar sana? Malu ker kalau anda dapat bantu masalah kesihatan dorang yang dulunya xdapat berjalan nak buat ibadah solat? Dan sekarang dengan bantuan anda, mereka dah dapat memijakkan kaki ke tanah suci Mekkah? Masih MALU?

Meh sini, share dengan saya kenapa anda rasa malu nak buat BUSINESS. Malu nak bantu orang? Kenapa? 

Alhamdulillah. Semalam 4 angka. Esok pula elaun masuk, 3 angka. Total semua minggu ni masih 4 angka. Nak tengok jer ker?

Yang berumur atas dari saya, yang hanya duduk rumah tak ada buat apa, hanya masak untuk suami dah balik kerja. Saya nak tanya. Anda nak tunggu suami anda sahaja nak 'suapkan' anda? Tak terniat nak bantu suami ke? Hanya duduk di rumah anda dapat bantu suami anda. Ringankan beban suami anda. Jadilah pasangan  yang bahagia.



Tak tahu caranya? Saya ada untuk tunjukkan cara bagaimana nak bantu suami cari nafkah. Bantu suami beli susu anak, beli lampin anak-anak bantu suami simpan duit untuk pergi Haji.

Dah ramai surirumah sekarang hidup lebih mewah dari mereka yang bekerja siang malam dekat tempat kerja. Siap buat OverTime lagi. Mereka dah buktikan walaupun SURIRUMAH, tapi mereka dapat menjana 4,5,6 angka sebulan. Tak ketar kaki tengok bonus mereka masuk tiap bulan?


Ingin merubah hidup anda? 
Saya bantu anda. 
Hubungi saya sekarang. 


Izzue
0148930658
Usahawan Muda. 
Kuching, Sarawak.



Friday 10 October 2014

Bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee?

Assalamualaikum readers.

Alhamdulillah. Hari ini diberi peluang sekali lagi untuk menghirup udara segar. Syukur kepadaMu Ya Allah.

Baik. Hari ini saya akan menceritakan tentang cara untuk masuk keahlian Shaklee.

Setiap customer yang saya follow-up, saya akan bertanyakan kepada mereka samada ada perubahan besar mereka perolehi selepas pengambilan supplemen Shaklee atau tidak. Saya sentiasa melakukan itu kerana ingin membuatkan customer saya dihargai setiap masa. Kadang-kadang mereka memerlukan nasihat daripada saya dan konsultasi percuma. Ini khas kepada customer yang saya hargai sahaja. Tetapi ramai pengguna Shaklee diluar sana 'baru' berjumpa dengan saya dan bertanya kepada saya cara pemakanan supplemen yang betul. Terlalu ramai yang cari saya nak minta tolong. Sebab apa mereka mencari saya? Sebab pengedar yang selama ini dia berurusan, tidak buat apa yang saya buat. Dia cuma buat, ambil order customer --> jual harga ahli --> dah dapat bagi kepada customer dan 'bye-bye'. Itu sahaja. Konsultasi PERCUMA mana? Jadual pemakanannya mana? Memang terhuyung-hayanglah customer tu begitu.

Tengok? Nampak dengan jelas tak orang yang sekadar hanya nak MENJUAL dan orang yang nak BANTU orang untuk jadi lebih sihat? Nampak perbezaan tak di situ? Tapi masih lagi anda nak berurusan dengan orang-orang seperti mereka. Carilah kami yang sentiasa follow-up customer! Tapi ramai pula yang rasa 'rimas' pabila saya follow-up mereka. Mereka tahu tak berapa ramai orang sahaja yang melakukan ini? Rasanya ramai tak 'dealer' yang akan follow-up anda? Yang 'rajin' untuk follow-up? Ada? Dah dapat untung besar, memang lari lah. Mana ada yang nak follow-up kalau dah dapat duit untung kepok-kepok. Betul tak? Buka hati dan minda.

Okay. Berbalik kepada tajuk yang saya nak bincangkan kepada anda semua. Bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee. Jawapannya, MUDAH dan CEPAT! Kerana semuanya dibuat secara ONLINE. Bestkan? Tak perlu isi borang guna BOLD PEN hitam. Tak perlu pergi pejabat untuk daftar, Apa yang perlu anda buat ialah hanya duduk depan laptop dan taip sahaja. Hihi.

Shaklee menyediakan satu website untuk para pengedar senang nak berurusan dengan mereka. Mudah dan cepat kan? Seronokkkkkk. Untuk anda yang ingin merasakan keistimewaan ini, saya juga menyediakan satu borang untuk anda mendaftar. Ini untuk memudahkan saya dan anda sekali. Anda isi sahaja maklumat yang diperlukan dan saya terima sebagai rujukan untuk mendaftar anda sebagai ahli Shaklee yang sah. Klik sini untuk borang daftar.

"Macam mana nak jadi ahli Shaklee?"

"Apa kelebihan yang saya dapat kalau join Shaklee?"

"Kalau join Shaklee untuk makan sendiri, boleh kan? Tidak ada niat nak buat business"

"Macam mana nak jadi ahli Shaklee dan buat business dengan Shaklee?"

"Berapa saya perlu bayar untuk jadi ahli?"

"Kalau nak jadi ahli secara PERCUMA bagaimana pula?"

"Jadi ahli ni untuk seumur hidup atau perlu 'renew' untuk beberapa tahun?"

Ni soalan-soalan dan pertanyaan yang selalu saya terima.

Entry kali ini saya terangkan bagaimana nak jadi ahli Shaklee yang sah.

Untuk maklumat semua, Shaklee menyediakan 2 cara untuk mendaftar sebagai ahli.

CARA 1. 

> Dengan membayar yuran sebanyak RM65 untuk keahlian sekali seumur hidup.
> Tambahan kos postage untuk Stater Kit, Semenanjung Malaysia RM10 dan Sabah Sarawak Rm20.
> Akan menerima Stater Kit dari Shaklee / Beg Shaklee yang directly dihantar dari HQ Shaklee terus ke hadapan pintu rumah anda.
> Dengan itu, anda sudah layak bergelar pengedar sah Shaklee disamping dapat membeli semua produk Shaklee dengan harga ahli di mana anda dapat menikamti 30% lebih murah daripada harga runcit. Sangat murah!
> Jimat berlipat kali ganda. Untuk makan sendiri sahaja pun boleh.

CARA 2. 

> Cara 2 ini adalah cara menjadi ahli secara PERCUMA.
> Dengan pembelian mana-mana produk Shaklee dengan harga RM680 (dalam satu resit), atau pembelian produk dengan 200points ke atas (UV point), anda sudah layak menjadi ahli Shaklee secara automatik dan PERCUMA. Anda dah jimat RM75/RM85 untuk yuran keahlian. (Saya pilih cara ini dulu. Hehehe. Untunggggg saya dapat masuk percuma. :D )
> Yang lagi best, anda akan menikmati bonus dari Shaklee yang mana akan terus dimasukkan ke dalam account bank anda! (Seronokkan? Daftar PERCUMA tapi Shaklee bagi BONUS! Besttt!)

Cara kedua ini saya selalu sarankan kepada customer-customer saya ntuk daftar secara PERCUMA. Anda dah jimat hampir RM100. Tak perlukan duit untuk daftar tapi dapat bonus dari Shaklee dalam 2 angka. Bonus dalam tangan sudah pasti!

Saya selalukan sarankan kepada mereka untuk berkongsi buat order ramai-ramai. Sebagai contoh:


Anda (Izzue Islam)

Order :
1. Ahmad - ESP (39UV)
2. Nisa - Vita C (23UV)
3. Asrul - Omega Guard (35UV)
4. Shea - Vita E Complex (38UV)
5. Hilman - Vivix (118UV)

Total: 253UV

Tengok? Dah dapat order dengan point lebih daripada 200UV iaitu sebanyak 253UV, anda layak dapatkan FREE MEMBERSHIP menggunakan nama anda! (Opssss! Bocor sudah rahsia! Hihi)

Dah cukup order, berikan maklumat menggunakan ORDER FORM ini dan lengkapkan maklumat anda disini sebagai rujukan saya. 

Saya kemudian terima email dari anda dan saya akan daftarkan anda sebagai ahli Shaklee yang sah dengan menggunakan sistem online Shaklee seperti dalam gambar dibawah.


Ekslusif tak laman web Shaklee ini? Haaa. Senangkan nak daftar anda sebagai ahli Shaklee sebab 100% dibuat secara online sahaja. Tak perlu guna kereta pergi branch Shaklee dan daftar 
(jimat minyak yang sekarang naik harga rm0.20 seliter, Hihi)

Kalau dah selesai daftar, nampak tak butang 'shopping' diatas tu? Haaa. Kat situ ler kita shopping produk Shaklee. Tengok? Nak shopping pun depan laptop jer. (jimat tenaga. Hihi) Semuanya di hujung jari dah. Anda dah beri maklumat tentang order anda tadikan? Itu semua rujukan saya, supaya dapat buat kerja dengan senang dan sistematik. Seronokkan anda dapat simpan info customer anda? Dapat di jadikan sebagai rujukan. Mudah dan senang! 

Dah submit order, Shaklee akan directly hantar pesanan anda terus ke hadapan pintu rumah anda dengan via Gdex atau Citylink. Cepattt sangat barang anda sampai. 1-3 hari bekerja. 

Lepas tu, untuk pertanyaan bonus anda, boleh klik-klik butang yang ada di atas tu. Semuanya dibuka untuk 24jam termasuk shopping dengan Shaklee. Hehe. Bestkan? Tapi semua ini anda dapat buat jika anda sudah menjadi ahli Shaklee yang sah sahaja. 

Apa kelebihan anda jika bergelar ahli Shaklee yang SAH?

Anda berpeluang untuk mendapatkan 3C dari Shaklee.

1. Cash Bonus
2. Car Bonus
3. Convention Bonus

Cash Bonus - semua bonus yang anda dapat setiap bulan akan di masukkan terus ke dalam akaun bank anda. 

Car Bonus - anda akan di beri sejumlah wang untuk anda beli kereta idaman pilihan anda. 

Convention Bonus - Shaklee akan taja anda 100% untuk Umrah atau Percutin 6 bintang untuk anda! Fully sponsored by Shaklee! Seronokkkkkkk! Pocket Money pun Shaklee bagi! Wahhh.

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung saya di talian:

014-8930658 (Sms/Whatsapp)
izzue93allaboutsupplement@gmail.com (Email)

Untuk semua proses pembayaran, semua transaksi perlu diberi kepada saya. 

Jika anda guna Cash Deposit Machine, gambar RESIT di perlukan. 

Jika anda guna Online Banking, masukkan email saya seperti gambar dibawah dan 'capture' transaksi berkenaan. 


Segala bukti transaksi via TAC Message dihantar kepada saya, anda tidak akan dilayan. Sila berhubung terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran. 

Segala ucapan didahulukan dengan TERIMA KASIH. 

Apa tunggu lagi? Siapa nak join EMPAYAR MIF di bawah naungan saya, sila hubungi saya sekarang!



'Be the Shining Star among the others! Be the BEST anda BEAT the rest!'


Izzue | 0148930658












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...