Wednesday 15 October 2014

Memberi infaq kepada mereka yang memerlukan.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah sekali lagi. Bulan lepas (September) saya berjaya mendapatkan bonus dari Shaklee. Bonus pertama merupakan Bonus dari sales saya dan bonus kedua saya dapat untuk Naik Rank. Kalau bulan ni saya efektif lagi untuk rank Supervisor, saya akan dapat lagi bonus Rm500. Kalau saya naik rank,  in shaa Allah bonus akan bertambah. Usaha selagi mampu ku galas! Ada 16 hari lagi sebelum closing. Saya mesti efektif pada 20 Oktober ni.

Bonus telah pun di masukkan ke dalam akaun saya dari Shaklee. Syukur tidak terhingga dan sejak semalam saya lagi saya dah tulis dalam buku siap-siap. Mana pergi duit saya lepas ini. Berapa masuk Tabung Haji, berapa masuk Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), berapa nak bagi ibu, berapa nak bagi ayah, berapa untuk sedekah. Semua itu saya dah tulis siap-siap dah agihkan mengikut kategori.

Alhamdulillah. Saat saya klik jumlah wang itu kepada bank masing-masing, air mata saya mengalir jatuh ke pipi. Ini kerana saya tidak sangka walaupun umur saya baru 21 tahun ini, saya dah mampu bagi sedikit bekalan untuk ibu ayah saya dalam bentuk 3 angka. Walaupun nilainya tidak besar, tapi mereka yang saya utamakan. 3 angka adalah nilai cukup besar saya untuk mereka. Sebelum ni saya hanya mampu untuk belanja mereka makan di kedai luar. Saya cakap, "Mak, tak payah masak. Kita makan luar hari ni. Saya belanja." Itu pun hanya kami bertiga. Di mana jumlah kesemuanya hanya berharga Rm50. Bayangkan, Rm50 bahagi 2 orang. Ibu Rm25, ayah Rm25. Itu sahaja yang saya mampu bagi mereka? Sedangkan sudah 21 tahun saya di dunia ini, hanya itu saja saya dapat membalas? Masya Allah TETAPI dengan Shaklee, Alhamdulillah. Saya mampu mendapatkan bonus 4 angka bulan lepas. Dan sebahagian saya infaqkan kepada mereka yang memerluka.

Saya juga menginfaqkan sedikit bonus Shaklee saya kepada adik-beradik saya. Sebab keluarga kami bukanlah berasal dari keluarga yang hidupnya sangat mewah. Saya merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Di harap dengan sedikit wang yang saya infaqkan itu dapat membantu adik-beradik saya ke arah yang lebih baik dan dapat meringankan beban mereka selama ini. Terima kasih yang tak terhingga saya panjatkan kepadaMu, Ya Allah.

Bagaimana untuk mencari rezeki yang berkat di sisi Allah?



Cerita di atas adalah HANYA sekadar PERKONGSIAN dan TIADA unsur MENUNJUK-NUNJUK ataupun RIAK


Ingin membantu meringankan beban ibu bapa anda dari sekarang? 

Saya ada jalan yang telah saya suluhkan lampu untuk anda. Apa yang anda harus buat hanyalah berjalan mengikut jalan yang di suluh dan jaga elok-elok jalan tersebut kerana bila-bila masa lampu boleh terpadam dan anda HANYUT oleh kerana sikap anda sendiri yang LUPA dan LALAI tentang tanggungjawab yang telah di galas. 


Allah tidak berjanji akan menyediakan jalan yang mudah. Tetapi dia berjanji akan bersama dengan kita dalam setiap langkah dalam hidup kita selagi kita memerlukan bantuan dariNya. 

Lihatlah kesungguhan  Adik Nur Khatijah ini. Mengumpulkan sejumlah wang syiling berharga sehingga Rm64 hanya semata-mata untuk bayar yuran sekolah dia TANPA bantuan kedua orang tuanya. Tengok, budak kecik lagi faham erti kepayahan tapi dia MAHU bersekolah dia USAHA cari wang untuk bayar yuran sekolah sehingga tak mahu MENYUSAHKAN orang tuanya. Tak rasa MALU dengan adik ni? Kecil-kecil lagi dah ada sifat KESABARAN. Semoga awak di murahkan rezeki adik Khatijah. Terus belajar hingga ke menara gading ya. Bahagiakan ibu bapamu. 


Mari. Sudah tiba masanya untuk kita berbakti kepada kedua orang tua kita. Hargai mereka selagi mereka masih ada. Menangis airmata darah sekalipun tiada guna jika anda tidak merubah hidup anda untuk mereka kerena mereka dah terlalu banyak mengorbankan masa dan wang untuk anda sehingga anda memijakkan kaki ke menara gading. Inilah masanya untuk anda membalas selagi nyawa mereka masih di kandung badan. Biar putih tulang JANGAN putih mata. 

Bila gaji dah keluar, utamakan kedua orang tua kita. Utamakan kepada mereka yang lebih memerlukan.Walaupun mereka tidak meminta, tetapi sebagai anak dan seorang manusia, kita tahu di mana tanggungjawab kita. Jangan gaji dah tinggal Rm100, baru teringatkan orang tua dan bagi Rm50 jer. Bahagiakan kedua orang tua kita. Mereka tidak meminta tetapi sebagai anak, tanggungjawab kita untuk mmbahagiakan mereka. 

Fikir dan selamat beramal. 

Gaji tak cukup? Macam mana untuk mencari 'side income' guna internet? 


Izzue
Usahawan Muda Shaklee
014-8930658
Kuching, Sarawak. 

2 comments:

  1. Alhamdulillah...setuju dengan pendapat izzue...mudah2n saya juga dipermudahkan untuk menginfaqkan sebahagian daripada pendapatan saya...in shaa allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. In shaa Allah kak. Aminnnn ;)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...