Monday 15 December 2014

Janji Allah itu pasti....

Allah dah menulis segalanya untuk setiap hamba-hambaNya. Tetapi Allah dah merancang 3 perkara penting untuk hambaNya iaitu AJAL, JODOH dan REZEKI. Allah memang dah janjikan 3 perkara ini untuk setiap hambanya.

AJAL

Saya rasa semua agama menyatakan yang baik-baik sahaja. Semua kita mahukan kehidupan yang baik. Betul kan? Takde pun kita cakap, "Ya Allah. Aku sekarang ada kereta Myvi. Aku nak tuka kepada kancil." Ada x orang doa macam tu? Takde kan? Mesti semuanya nak yang lebih baik. Setuju? 

Sama macam ajal kita. Ajal kita ni memang Allah dah tuliskan dalam buku. Bila tarikh kita nak pergi menghadap Illahi. Cuma kita tak tahu bila. Dan kita tak tahu bagaimana, di mana, bila kita akan pergi. Kita tidak tahu bagaimana pengakhiran kita nanti. Adakah kita di jemput malaikat maut tengah kita mengerjakan solat? Waktu kita tengah makan? Ataupun pengakhiran dalam satu kemalangan jalan raya? Haaaa. Kita tak tahu kan? Yang kita nak adalah kita mati alam keadaan beriman kepadaNya. Kita nak malaikat maut mencabut nyawa kita tatkala kita sedang bersujud kepadaNya. Masha Allah. Alangkah indahnya pengakhiran kita semua begitu? Tetapi Allah dah tentukan semuanya. Macam mana kita nak pengakhiran kita sebegitu rupa? Mestilah kita BERUSAHA untuk mencari keredhaan dariNya kan? Betul x? Setuju? Haaaa. Mari kita sama-sama USAHA untuk mencari keredhaan dariNya.

JODOH

Jodoh kita pun telah di tentukan olehNya. Dengan siapa kita akan berkahwin nanti, semuanya datang dari Allah S.W.T. Cuma kita tidak tahu siapa dan bila jodoh itu datang. Selalu kita dengar cinta monyet atau cinta olok-olok. Di mana si lelaki bercinta dengan si wanita. Sampai satu tahap, mereka terpaksa berpisah di sebabkan lelaki itu mempunyai teman wanita baru. Tetapi si wanita ini pulak sedih dan seolah-olah tidak dapat menerma kenyataan ini dan meratapi gambar kekasihnya setiap malam. 

Datang ibunya memujuk setiap malam. Ibunya memujuk dengan, "sudahlah tu anak. Dia bukan terbaik untukmu. Ada lagi yang jauh lebih baik darinya. Allah dah tulis semua tu. Dia bukan jodoh kamu sayang. Allah pertemulan kamu dengan lelaki yang lebih baik dari dia nanti. In shaa Allah. Mintak dengan Allah. Tunjukkan siapa lelaki itu." 

Tengok? Setiap kali drama dalam TV pun selalu bercakap seperti itu. Dalam dunia sebenar pun, kawan-kawan akan menasihati perkara yang sama. Setelah dapat sokongan dari sahabat dan keluarga, kita mampu bangkit semula dan BERUSAHA mencari seseorang yang lebih baik daripada sebelumnya. Betul tak? Jom. Kita usaha untuk dapatkan pendamping hidup yang baik dan patuh kepada perintah Allah.

REZEKI

Haaaa. Bercakap tentang rezeki. Ramai di antara kita yang mudah melatah untuk dapatkan rezeki. Tahu tak rezeki kita pun telah di tentukan oleh Allah? Tapi ramai yang mengeluh! Tak nak bersyukur dengan pemberian dari Allah. Susah sangat ker nak bersyukur tanda terima kasih kepada Allah? Bagaimana nak tambahkan rezeki kita dari yang sedia ada kepada yang lebih baik dan lebih banyak? 

Rezeki yang kita dapat tidak semestinya milik kita secara mutlak. Ada sebahagian daripada rezeki yang kita miliki adalah hak orang lain. Hak kepada orang yang lebih memerlukan. Kenapa saya bercakap demikian? Sebagai contoh. 

Kita sangat suka dengan cucur pisang cheese yang di jual di tepi pantai tempat beriadah. Kita hanya menggunakan sebuah motosikal untuk pergi bersiar-siar dan membeli cucur pisang cheese itu sebab kita tidak mempunyai kereta. Suatu hari. Dalam poket kita hanya ada Rm10 sahaja. Kita nakkk sangat cucur pisang cheese tu haritu. Kita pun naik lah motosikal kita. Dalam perjalanan ke pantai, kebaboommmmmm! Tayar motosikal kita pecah. Lalu kita pergi ke kedai motosikal tuk tukar tayar baru. Terpaksa juga kita gunakan duit Rm10 itu tadi yang sepatutnya digunakan untuk. Membeli cucur pisang cheese. 

Dapat tangkap tak mesej yang tersirat yang cuba untuk saya sampaikan? Nampak? Rezeki yang kita miliki bukanlah milik mutlak kita. Nampakkan cerita tadi yang Rm10 itu hak kepada tauke bengkel motosikal tu dan bukan hak kita mahupun si penjual cucur pisang cheese berkenaan? Nampak dengan jelaskan? 

Sekarang macam mana nak tambahkan rezeki yang kita ada supaya kita dapat membantu orang yang dalam kesusahan? Tahukah anda 9/10 rezeki yang kita ada adalah datangnya dari perniagaan? Nampak tak kenapa rezeki anda tidak mencukupi? Kerana anda hanya memiliki 1/10 rezeki yang Allah bagi. Macam mana nak dapatkan 9/10 pintu rezeki tersebut? Berniagalah! Sebab berniaga adalah pekerjaan Nabi Muhammad! Dia membela kambing dan banyak haiwan peliharaan. Dari situ Nabi Muhammad mula berniaga. Kita sebagai umatnya perlu mencontohi beliau. 

Macam mana? BERUSAHA! Semua ini kena ada usaha! Kita nak yang baik. Kita nak yang bagus. Tetapi kita tiada usaha. Macam mana Allah nak tolong kita? Kita tahu lan janji Allah itu pasti? Tapi kita x berusaha pun. Buat sikit terus mengeluh. Cepat sangat nak melatah. Dalam membuat sesuatu, kita mesti SABAR. Kerana ASSABRUL MINALIMAN (Sabar itu separuh daripada iman) dan Allah sayangkan mereka yang bersabar. 

Ingat. JANJI ALLAH ITU PASTI!! Kejarlah cintaNya bukan cinta duniawi. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...